i try to be as honest as possible FOREVER!
aku pernah la menipu. gila tak pernah? especially dgn parents aku. i realised byk dosa aku buat kat parents aku :( Curi duit dorang pun pernah. tapi duit syiling yg dorang letak dlm tabung la.
masa tu aku Darjah 2 (in year 2000) if i'm not mistaken. duit belanja mak bagi RM0.50/day. sepatutnya cukup je tu. cuma aku banyak belanja untuk beli jajan (makanan ringan) lepas waktu sekolah. ala, yang ada jual kat tepi2 jalan luar sekolah tu. *miss that moment* kadang2 tu aku sampai sanggup berlapar waktu rehat utk beli benda alah tu waktu balik. teruk kan?
aku beli dgn adik aku. masa tu dia Darjah 1. aku pelik macam mana dia boleh beli jajan lebih banyak daripada aku. then aku tanya la mcm mana dia boleh beli banyak. mana dapat duit? padahal duit belanja sama banyak. then dia bagi tau la pasal tabung yg ada kat rumah tu.. agak tersorok lah jugak. tak terfikir pun simpan duit kat situ.
tabung tu penuh dgn duit syiling 50¢ dan RM1 yg sekarang ni dah x wujud* wow! macam jumpa harta karun! since that moment, aku amek RM1 day by day. pernah satu hari tu aku amek RM10 sekali gus dan dengan baik hatinya aku bagi kpd kawan2 baik aku dlm kelas. tuihh!! mana diorang sekarang ni pun aku tak tau. lost contact.
setakat ni duit dlm wallet dorang (parents), aku mmg tak berani nak usik melainkan kalau dorang sendiri yang suruh ambil. tu pun kalau nak ambil aku akan keluarkan depan dorang so that i could control my honest. *peace!*
abah pernah cerita, abah & mak dulu pernah sampai korek tabung utk beli susu. ye lah. masa tu bisnes baru nak bertapak, perlu banyak modal, rezeki tak menentu, ada projek pun ada orang yg tak bayar balik. mintak duit macam peminta sedekah. padahal mintak duit sendiri tu! sejak tu aku insaf sebab duit yg aku selalu ambil tu rupanya ada jasa kpd kami sekeluarga. dan lebih buat aku terharu dan sedih, duit tu sebenarnya adalah simpanan daripada duit raya yg adik-beradik aku dapat sejak kecil :'( rasa nasib baik pun ada sebab duit aku sendiri ada dlm tu. kurang la rasa serba salah aku ni. hehee :D
seriously i said, selagi tak mengatakan apa yang benar, selagi tu tenang hidup.