Friday, June 18, 2021

LOCKDOWN




MCO 3.0 dah.

"Apa khabar saudara saudari semua? Harap sihat hendaknya"

Tak tau ramai orang dah struggle sekarang. Kesian. Ada gaji kena potong, ada yang kena buang kerja, yang buat bisnes terpaksa tutup sebab tak ada sales dan tak dapat bayar gaji pekerja. Alhamdulillah, so far tempat kerja aku minta potong annual leave je setakat ni.

Antara alternatif daripada kenalan aku, mereka ada buat aktiviti seperti di bawah ni untuk teruskan kehidupan masa2 PKP ni:

Berkebun/bertani
Yang ni untuk yang berfikiran panjang. Kena ada modal dan ilmu. Kalau tak ada ilmu sia2 je kau tanam menanam. Tanam barang2 keperluan harian. contoh: Cili. Oh ya laki aku ada invest dalam cili ni. hehe. Tapi kongsi la. buat sorang tak larat. kalau setakat belakang rumah boleh la buat sorang.

Buat vlog sharing di Youtube
Yang ni kena ada content yang menariklah baru orang ramai tengok, like, share apa semua tu. Ada cara nak dapatkan duit. google la sendiri. 

Buat dropship/agent NIMS Chocotub, Young & Living essential oils, Coway/Cuckoo dll.

Hahaha.. ni barang2 untuk orang work from home la ni. stress dgn kerja, stress dengan kerenah anak..

Kurier

Grab, Foodpanda, Pos Laju, Lazada Express, Shopee Express, DHL, J&T dll.
Maklumlah semua dok rumah dok belek2 fon je.. ramai la order. so rider/penghantar pun sampai tak menang tangan nak menghantar pesanan.