Hmmm banyaknya brand breast pump. Selama aku beranak dua kali ni, dah 3 jenis pam aku beli. Aishah.. aishah.. membazir nombor satu.
2018. Mula2 dulu aku pakai brand Real Bubee, aku tak tau apa2 masa tu pasal breast pump ni. Aku tanya member ofis yang pernah mengepam, dia guna brand ni. Tengah pantang anak pertama (Umar), aku dgn laki aku cari la breast pump kat kedai baby QQ baby shop tak silap. Umar masa tu kat NICU. situ semua barang baby murah wehh. apa nak almost semua ada. Baju, stroller, beg, car seat, carrier, dll. Breast pump tu aku beli masa tu RM35 kot.
Ok berbalik pada breast pump. Balik tu aku pam terus. Lepas bengkak susu sampai hampir demam la jugak. Mula2 ok je.. lama2 melecet. huhu. maybe sebab flange nya plastik keras, saiz puting aku tak sesuai (besar drpd funnel), plus inverted nipple. huhu. struggle weh. tapi aku rasa tu la paling banyak aku dpt pam total 8oz dua2 belah. susu tu la aku bagi hospital utk bagi kat Umar masa kat NICU.
Lepas tu, ada member dtg melawat, suggest breast pump lain. Lacté Duet Elite
Aku ingat semua sama je. Rupanya material flange, suction, semua main peranan. Flange silicone ni kurang sikit sakit. Suction pun lembut. Tapi harganya berganda2 drpd Real Bubee. hampir RM600. Muahahha.Ada la berapa kali je aku guna.. lama2 hangus.. Umar jenis tak sabar nak susu.. Direct latch pun tak pandai sbb nipple aku inverted. Tak sampai 2 bulan susu badan aku dah kering. huhu. maafkan mama Umar ..
2021, Uwais' turns pulak. Masa ni dah pandai sikit mamanya. Dah ada handsfree milk collector. Aku beli ni. Kengkonon nak try. Ya. memang function. mudah nak bergerak. cumanya yg aku menyesal, kenapa x beli motor pump sekali? mulanya of course sebab mahal. and aku dah ada Lacte aku pasang tube and sambung je la kat handsfree tu. Lama2 aku rasa susah juga nak bergerak. so aku cari la kat shopee, ada tak jual motor pump je. and aku jumpa brand Lee Bee.
So memang aku boleh berjalan ke sana ke mari dgn handsfree pam. tapi aku rasa knp sikit ek susu keluar? oh rupanya lain motor lain suctionnya.. no wonder ada mahal, ada murah.
so sepanjang aku survey breast pump, ni brand yang aku jumpa
1) elvie
2) empreus
3) youha
4) bearmom
5) arley
6) autumnz
7) spectra
8) medela
9) cimilre
10) Lacte
11) treenie
12) pump on the go (POTG)
13) Lee Bee
14) Mafa bebe
15) imani
16) supermama
17) Philips Avent
18) Tommie Tippie
19) OKBB
20) Anakku
21) Pureen
22) Babebao
23) Real Bubee
24) Boboduck
25) Samu giken
26) Yohoo
27) Moozy
28) Goody
29) Haenim
30) Malish
Ok lah. FYI, semua pam ada pro n cons. ade yg kena pegang, ada yg handsfree, ada yg bising, ada yg discreet, ada yang tahan bateri lama, ada yg sekejap, ada yang suction lembut, keras.
Saiz nipple pun kena ambil kira so that suction sesuai dgn breast. ok maklumat lain pasal saiz nipple, pasal breast pump.. sila lah google. fuh. pasal breast pump pun nak kena byk study tau! chiawww