Wednesday, March 4, 2009

ROMPAKAN!!! ROBBERY!!!



Rompakan

Bagan Datoh, Perak- Satu kejadian rompakan telah berlaku di rumah atok & opah saya di sini, semalam (3 Mac 2009). Kejadian rompakan itu membabitkan atok dan Pak Lang saya, serta empat orang perompak. Opah saya walau bagaimanapun terselamat daripada kejadian tersebut kerana ketika itu beliau berada di surau berdekatan untuk solat maghrib.

Kira-kira pada pukul 9.15 malam semalam, ketika saya sekeluarga sedang menjamah makan malam dan bersembang mengenai tanah yang diusahakan serta reaksi segelintir orang kampung, tiba-tiba telefon rumah berdering dan panggilan tersebut dijawab oleh adik saya. (aku tak tau yang mana satu... ramai sangat). Adik saya menjerit dari ruang tamu, "Abaaah!! Opah! Opah nak cakap dengan abah!!" Lain macam je bunyinya! Abah saya pun terus bergegas ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut. Seluruh keluarga saya memandang mimik muka abah. Semua risau. Macam ada musibah je.

Kemudian, abah letak gagang telefon dan lantas berkata, "Rumah opah kena rompak.. Atuk kena ikat. Pak Lang pula kena tumbuk, gigi patah sebatang," sejurus kami mendengar mengenai gigi Pak Lang kami patah sebatang, kami terus ketawa. Maklum sajalah, ramai ahli keluarga saya tidak menyukainya kerana sikapnya yang agak pemalas. Kemudian, abah menyambung kata-katanya dengan berkata, "Tapi opah cakap perompak tu tau nama abah. Opah cakap lagi perompak tu nak semua barang-barang abah, habis semua duit di sapunya!" Kami semua tiba-tiba terkejut dengan pernyataan tersebut. "Opah suruh abah buat repot polis KL, tp mcm mane nak buat repot kalau tak tau nombor plat kereta perompak tu.. Tapi yang opah tau kereta tu kereta proton wira warna hitam. Nak buat road block pun tak boleh.. Opah pun tengah kelam-kabut tu, siap nak repot kat balai polis KL. Balai Polis Bagan Datoh je cukup.."

Kemudian, abah menyuruh saya mendail nombor telefon Tok Ngah yang tahu serba sedikit mengenai doa-doa, disebabkan abah saya tidak pulang ke kampung. Penat agaknya. Ye r, dah selalu dok ulang-alik Perak-Selangor.

Lepas tu, kami sambung makan malam di ruang makan. Kami makan makanan bungkus je, abah beli nasi goreng, mee goreng, kuey teow goreng & mee hun sup untuk mak yang tengah demam.

Kira-kira pada pukul 12.40 a.m., telefon berdering lagi. Semua orang dalam rumah saya dah tidur. Cuma saya yang belum dapat melelapkan mata kerana saya sudah puas tidur di siang hari. Saya menjawab panggilan tersebut, dan ternyata panggilan tersebut adalah dari opah. Opah menyuruh saya memanggil abah kerana ada seorang pegawai polis yang ingin bercakap dengan abah. Pegawai polis tersebut menyuruh abah saya untuk ke Ibu Pejabat Polis Teluk Intan pada keesokan harinya (hari ini).

Kemudian, saya pun masuk ke bilik dan terus tidur......
ZzZzZZZZzzzzzzzzzzzzzzz

2 comments:

アイシャー said...

skema x?

cahayaATIQAH said...

telebih skema la
btw, nice to read
ad bkat jd pemberita neyh
=]