Saturday, February 15, 2014

Mak

Kasih sayang mak tiada tandingan

Walaupun aku selalu susahkan mak utk kejutkan aku bangun pagi dan solat subuh, mak tak pernah berkira. Cuma terkeluar sedikit keluhan dan rungutan dari bibirnya kerana aku liat nak bangun.

Pagi tadi, aku perlu bersiap seawal jam 6.30pagi sebelum bergerak pulang semula ke kediaman pengajian. Mak kejutkan aku lebih awal drpd biasa. Kira-kira jam 5.15pagi. Aku sudah sedar sebenarnya, cuma mengada-ngada nak bangun lewat sikit. Aku target mahu pejam mata sehingga jam 5.45am. Ada 30minit lagi sebelum Subuh

Ketika itu juga, kedengaran mak bertungkus lumus menyiapkan makanan. Ada kalanya mak memanggil-manggil namaku supaya bangun dan bersiap,"shah.. siap shah.." Aku cuma menyahut, "hmmmm" Ya, Allah! Berdosanya aku!

Jauh di sudut hati, aku tak mahu pulang ke Muadzam Shah (MS). Lebih baik rasa tertekan di rumah dgn arahan abah daripada dengan silat yg ada di MS ni.

Sebaik shj azan berkumandang, aku terus solat. Kemudian mak suruh aku menjamah sedikit makanan yg dia sediakan tadi. Kelihatan secawan kopi, roti sandwich sardin dan nugget ayam goreng di atas meja. Wow. Cepatnya mak sediakan :)

Mak juga tampak risau samada barang2 yg perlu aku bawa sudah disiapkan atau belum. Huhu

Bagi aku, semua dah siap. Cuma tugas aku yg belum siap. Akaun persatuan. Penat aku memikirkan perkara yg tak selesai2 ni =_=

Dan nampaknya mak yang bergegas mahu menghantar aku ke stesen kereta api supaya aku tidak lagi ketinggalan. Aku ni relax sgt lah! Aku perasan tu

No comments: