Thursday, July 21, 2016

Maafkan anak-anakmu

Maaf. Tiada seorang pun adik beradik aku belajar oversea. Hampa? Kecewa?
Maaf maaf dan maaf

Tapi kenapa harus membandingkan?

Sunday, July 17, 2016

Ciri-ciri calon suami

Penyelia aku pesan, "kejar cita-cita, cinta akan hadir". Dari pemahaman aku, mungkin aku tak kejar sangat cita-cita sebab tu la cinta tak hadir. Hahaha.

Penyelia yg sekarang pulak tak habis2 dok kenenkan aku dgn org tu org ni bila ikut dia ke majlis2/program2. "Kau nak dgn dia ni? Dia ada karisma macam kau tak? Kau nak lelaki yg mcm mana?"

Aku memanjang je jawab tak nak. Ye lah. Mana ready soal cintan cintun ni. Kahwin? Lagi lah tak!

Tapi aku tgh keliru sekarang. Shida kata ada org suka aku. So? Aku tak tau ada hati ke tak dgn dia. Gaya dia whatsapp dgn aku memang nampak dia suka aku. Concern pun ada. Ada yg sorang lagi pun concern sama, tapi kurang sikit dgn yg first tu.

Masalahnya, aku rasa rimas la ckit2 whatsapp je. Kadang2 malas nak reply & memang aku buat mcm tu bila aku rasa malaslah. Hahaha. Kadang2 tu memang busy jadi pemerhati je. Lepas tu memang lupa nak reply. Nasib2 lah kalau aku scroll balik & reply.

Penyelia yg sekarang kata kena letakkan sayang baru datang suka kat orang tu... tapi aku tak tau nak letak kat sape. Penin2. Wahahahaaaa. So biar je lah.

Tipulah kalau kata aku tak ada perasaan. Ada la jugak jeles sikit dgn member2 ada dah tunang, kawen, & dah ada anak pun. Kesian anak aku dpt mak tua. Kuikuikui.

So lelaki yang macam mana agaknya yang menjadi pilihan? Aku rasa macam susah nak dpt ciri2 ni sebab tu la aku masih single. MEMILIH sangat! Adoi la ecahhh

1. Ahli silat.
2. Anak jantan. Tak pondan. Tak sotong
3. Beriman
4. Kaya
5. Hensem. Sedap mata memandang.
6. Berwawasan
7. Bersungguh
8. Penyabar
9. Boleh 'bukak' mata abah
10. Tak kekok jumpa saudara
11. Tegas
12. Bertanggungjawab

Setiap point ada huraian dia. Nanti2 lah.

Kau bila nak kahwin?

Latar tempat: Rumah seksyen 19, Shah Alam


taktau lah mcm mana topik ni boleh start. Tapi ni conversation yang aku ingat dgn abah aku.

Abah: ko bila nak kawen?

Aku: salah soalan tu.. bila nak ada boyfriend? Hahah. Boyfriend pun tak ada mcm mana nak kawen?

Abah: takde lagi ke yg ko berkenan? Takde ke yg nak dgn aishah?

Aku: err.. ehh ramai ape yg nak.. (mak pun sokong)

Abah: jual mahal le tu (mak sokong jugak)

Aku: a'ahh.. sampai xtau nak pilih yg mana. Kakakkaka

Abah: tak tau pilih? Meh abah pilihkan. Suruh dtg beraya ke rumah. Tak payah bwk apa2. Nanti abah interview. Lulus, terus kawen. Majlis pun buat kecik2 biasa2 je. Hari tu (majlis aliah) dah besar dah. 😅

Aku: (menyengih je) arrrr

Conversation terhenti setakat itu sahaja. Abah kemudiannya keluar membawa sampah yg perlu dibuang.