Friday, July 23, 2010

Kolej Matrikulasi Melaka


Hahaha. Agak kelakarlah jugak. Before this, I published a post with a title 'confirmed!!', yg mengatakan bahawa aku akan ke Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh. Siap listing lagi! Tapi, sekarang secara rasminya aku telah menjadi pelajar jurusan Akauntansi KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM) bermula 2 Jun 2010. Kenapa? Sebab fast-track. Posting yg lepas tu aku ingatkan aku akan dapat yg 2 tahun punya.. Rupa-rupanya aku dapat Program Satu Tahun untuk panggilan kedua/second intake.

Sebelum aku masuk KMM, aku cakap dulu kat abah,
Aku: Abah, kalau agak2 Aishah tak tahan dok sini, Aishah keluar g politeknik ye.
Abah: Suke haaaaatilah. Aishah yang nak belajar, bukan abah.

Time hari pendaftaran tu, aku agak tak suke dengan kawasan Londang a.k.a LONDON GEE ni. Macam kawasan pedalaman. Berbukit bukau. Line pun tak clear. Kejap ade, kejap tak de.
Lebih kurang pukul 1.00pm++, aku & abah tiba di pondok pegawal keselamatan KMM. Tapi, we had a lunch first at a warung located across the road sebab office tengah rehat.

After that, kami ke Pusat Perkidmatan Pelajar (PPP) untuk mengambil & mengisi surat perjanjian. Boleh pulak aku salah isi borang! Ade sorang budak perempuan (aku tak ingat nama & rupa dia) yang ade berhampiran pun salah isi, sebab dia tanya aku yg last page tu pun nak kene isi ke? Dengan confident aku mengeyakan, sebab aku pun isi page tu. hehehe. Sorry... Nasib baik budak tu ok je. Kitorang pun amek borang yg baru & lengkapkan semula borang tersebut. Time tu dah pukul 3.30++ kot.

Pas tu, kitorang naik ke unit kimia utk mendapatkan tandatangan pensyarah. Hey, aku amek akaun la.. apsal g unit kimia?? Sebab unit tu paling dekat. Waktu pejabat pun dah nak habis. PPP cakap, unit tutup pukul 4.15pm. Punya la pemalas lecturer2 kat situ bile kitorang mintak sain. Diorang just sain je. Full name & address diorang, kitorang yang kene isi. Aku tengok diorang tak de la busy sangat. Tengah dok borak2 je kot. Cikgu2 mude memang cam tu kot.

Pas tu, kitorang ke bilik pendaftaran online, iaitu di Bilik Banquet (dewan kuliah aku, A3). Hantar borang, amek beg KMM yg berisi sarung bantal & cadar, tudung, serta 2 helai baju KMM berwarna hijau & biru masing2. Pas tu amek kunci bilik. A5.1.12. Alaa.. ingatkan dapat sebilik dgn budak pompuan tadi. Rupanya bilik yang aku dapat tu memang dah ditetapkan secara online. "Tak pe la dik, bilik bawah sekali," "YES!!" Aku suke sebab kat KMM tu ade banyak gile tangga. Macam tangga Batu Caves pun ade.

Tapi sekarang, maybe aku dah selesa kat sini.

Kawan2, pensyarah2 (except pensyarah tutoran akaun-sorry Cikgu SH) semua ok, sporting, bersungguh-sungguh.. Yang paling aku nampak kesungguhannya, pensyarah kuliah akaun; En. Saiful Nazri a.k.a. Cikgu Cute. Siap buat kelas tambahan almost every early morning (7.30am~8.00am) untuk budak2 yang tak de basic akaun. Tapi, markah setiap kuiz aku still setakat 'memuaskan'. Tu la, sape suruh relax2.. :D Bile aku tengok cikgu tu, teringat aku kepada cikgu sains sekolah rendah; Cikgu Abas. Style diorang macam lebih kurang same je.

My roommates:
  1. Ainee, sains fizikal
  2. Hanisah, akaun (dah pindah ke Politeknik Merlimau. Kalau x pindah, dia selalu mesti dengan aku. 1 kuliah, 1 praktikum, 1 group, & 1 bilik)
  3. Yasmin, akaun (1 kuliah, 1 praktikum, 1 group Pend. Islam)

My classmates (A3P3):
  1. Azreen (leader)
  2. Zehar
  3. Reza
  4. Allif
  5. Mizi
  6. Rusdi
  7. Rafie
  8. Fatin (pen. leader)
  9. Yasmin
  10. Azrin
  11. Mieza
  12. Amirah
  13. Madi
  14. Hidayah
  15. Fazieda
  16. Rabiah
  17. Laila
  18. me ;)

NOW I REALISED THAT KMM IS THE BEST STUDENT LIFE EVER

MISS EM ALL!!! - 24/06/2015

8 comments:

neesaABDkarim said...

err,
ko pun ade kwn nme hanisah jugak ke ?
teya pun dpt kwn baru nme hanisah.
ishk !
tak sukeee !
i want to be the only !
:(

アイシャー said...

ha'ah.. tp dia da pndah, don't worry.. :D
at first aku pun terkejut, dia asyik dgn aku je..
teringat pulak kt ko, ko asyik ngan aku je.. x pun aku asyik ngan ko je.
hehehe

Tiera rara said...

me pon, matrik melaka jgk.. ;)

Hey!Say!JUMP☆平成跳 said...

hi thank you for sharing this^^
I get tawaran from KMM.
Can I ask something?How's the asrama? 2 person per room?

アイシャー said...

you're welcome! ^^
asrama?
4 person per room
4 beds
4 tables
4 cupboards

hahaha.. Welcome to KMM.. :D

Hey!Say!JUMP☆平成跳 said...

Oh can I ask something more? Is non-muslim girl must wear baju kurung? Or just formal wear is ok? Betul ke line tak clear? Jadi macam tu internet boleh layari tak? I saw the post @ fb page saying wifi for 1 KMM,did they manage to get it for all students? Thank you for replying me^^本当にありがとうございます =D

アイシャー said...

non-muslim girl must wear baju kurung on Fridays. Formal wears from mon-thur
kalau nak pakai baju kurung everyday pun tak pe.. lagi bagus. :P

Line tak clear? Itu kalau otw ke matrik..
But when you're already in matrik, line sgt2 clear.. :D Don't worry..

Yes, all student manage to get the wi-fi, but you must enter the 'Username' and 'password'.
You can get it from Kaunter Hal Ehwal Pelajar.
The wi-fi strength depends on the distance of from the wi-fi source.
Some websites will be blocked during office hour such as facebook.com, Youtube.com, and other social networkings
But you can surf blogspot.com and 1malaysia.com
それは大丈夫だ^^

cik tanpa nama said...

i'm kmm student too..huhu