Tuesday, May 18, 2010

CIDB


Sabtu, 15 Mei 2010- Aku ke KL dgn abah utk menghadiri ke kursus Kad Hijau yg dianjurkan oleh CIDB atau nama penuh dlm BM: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Actually abah nak renew something*tak taula ape. Tp bende yg berkaitan dgn CIDB la. Kalau nak renew bende tuh, kene ade mata (markah) dulu. So, sape2 yg dtg pd ari Sabtu tu dpt 8 mata. Abah nak 40 mata kot. Aku dpt 8 mata, abah 8, Pn Masnidar 8, En Rodney 16*dia dah pergi ke kursus supervisor 2 weeks before. Cukup la 40 mata an??

Kursus tu start 8.30am (pendaftaran), tapi kitorg dtg pukul 9am. Biasela.. Aku masuk dulu, tgok name aku dgn abah kat semua pintu bilik syarahan sementara abah mencari tempat parking. Semua sekali ade 4 kelas. Bilik syarahan 1: tak de. Bilik syarahan 2: tak de. Bilik syarahan 3: Haa!! ade! Aku dgn abah masuk, kursus tu baru nak start. Nasib baik!! Masuk je bilik syarahan tu... pergh!! Ramai gila kaum lelaki. Org perempuan boleh dikira dlm 5-6 org je kot drpd 40 org dlm kelas tu.

Dari pukul 9am++ sampai 4.00pm tu kire bosan la jugak kalau asyik dok dengaaar je org tu bersyarah. Nasib baik org tu klako. Pas tu dia selit2 la jugak video2 yg kelakar, tp berpengajaran dlm presentation dia. Aku rase dia bersyarah pasal keselamatan di tapak binaan je kot. Pas tu dia tunjuk gambar2 n video2 kmlgn di tapak binaan. ngeri kot.. eeee

Lagi 1, sape2 yang tak de kad hijau tu x boleh masuk ke tapak binaan, ok!
Mereka juga akan terus dapat insuran. Kalau sakit, boleh claim. Tak kire la dlm waktu bekerja atau bukan.

Attention!!
  • CIDB mengadakan kursus-kursus yg berkaitan dgn industri negara secara percuma. Tiada bayaran dikenakan kpd peserta. Diorg siap bg elaun lagi. Kalau ade asrama, makan minum: diorang bagi RM500/month. Kalau tanpa asrama, makan minum: diorang bagi RM1000/month.
  • Kpd budak2 lepasan SPM yg dah malas nak belajar tu*especially lelaki, masuk la progam latihan kemahiran ni ye.
  • Maklumat lanjut sila layari http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/763
#Senarai kursus yang ditawarkan bagi Program Latihan Kemahiran CIDB bagi Belia dan Personel Binaan

#Brosur:

7 comments:

tongkang said...

elaun rm500 tu cidb mana...and utk belia ke hu3

アイシャー said...

rasenye kat AKADEMI BINAAN MALAYSIA (ABM). Lokasi yg lebih spesifik sila klik pada brosur di atas. Hari tu saya dtg kursus cidb di KL.

Ye, rm500 tu utk belia yg join.. ade 2 kategori had umur, youth & personnel. Umur antara 16-35 tahun

Anonymous said...

er..youth ngn personnel tu dua2 dapat elaun ke?perlu ade pengalaman kerje x?kenape yg youth prog 2 lame n yg personnel 2 kejap je duration die?

アイシャー said...

1) PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH (Youth Programme)

Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.

2) PROGRAM PERSONEL BINAAN

Terbuka kepada semua pekerja binaan sediada yang mahir atau separuh mahir bertaraf warganegara Malaysia. Selaras dengan hasrat CIDB yang ingin melahirkan personel binaan yang ‘multiskill', pelbagai tred telah ditawarkan dan pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran hanya dijalankan di semua ABM seluruh Negara.

PERSIJILAN

Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.
.................................................................

elaun.. x sure la.
rsenye 2-2 dpt..

youth prog tu lame sbb prog tu utk org yg xde basic. so, diorg full time kat tmpt kursus tu..
personnel prog tu kejap je sbb prog tu utk org yg dah ade pengalaman & masuk kursus tu utk jd lebih pro..

epul said...

pnh dgr GPOS x?baru2 ni sy g kt kota kemuning, then tok amek kursus crane operation dia mnta RM1200 untuk kursus?

アイシャー said...

GPOS?? Maaf, x pnh dgr la pulak..

Unknown said...

Seleps kursus terus dpt kerja ke?