Monday, July 25, 2011

Aku Bin Abdullah

Tajuk entri ini sebenarnya adalah tajuk kepada sebuah drama yang ditayangkan di Astro Prima 105, 'aku bin abdullah'. Lokasi penggambaran adalah di kawasan sekitar Kuala Kubu Bharu, Selangor :) Ada pernah sekali aku ternampak diorang shooting, otw aku nak bayar bil. Banyak kali aku tengok pelakon tu turun naik tangga. Kah kah kah.

Aku tengok cite ni, tak de lah best sangat. Main actor dia berlakon macam kayu. Aku tengok cite ni pun sebab nak tengok tempat dia shooting je.. Dan nampaknya, memang kita mudah ditipu oleh kamera. Ada satu scene ni, bila diorang got freedom sebab dah keluar daripada tempat jagaan, sorang keluar ke kanan, sorang keluar ke kiri. Jalan keluar adalah sebelah kanan.Yg kiri tu sebenarnya jalan mati. Hahaha. Dan lagi satu, Kuala Kubu Bharu mana ada beca! Beca itu ditempah dan dibuat oleh welder di sebelah surau belakang rumah aku. Kalau korang perasan, beca tu nampak pelik.

Keunikan cerita ni mungkin ia melibatkan pelbagai kaum. Main actornya pula berwajah India, berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, namanya pula menggunakan nama Cina. Tan Kwong kot. Telemovie ni merupakan kisah yg diceritakan semula oleh main actor pada suatu kuliah subuh. Pergh.. ramai kot kariah surau dia waktu subuh. Tetapi dalam realiti sebenar adalah disebaliknya. Nak masuk tv punya pasal.. So, actor tu ceritalah kisah dia dari kecik, dibuang, ditemui oleh org cina, dimasukkan ke rumah kebajikan, bekerja sebagai cleaner di hotel murah, berjudi, car race, dan sehinggalah memeluk Islam dan berkahwin dgn mualaf juga. Tapi dia tak diterima oleh keluarga isterinya setelah mendapat tahu yg dia adalah anak drpd tong sampah. Sebagai hukuman, anaknya yg baru dilahirkan diambil oleh keluarga isterinya. Persoalan2 mengenai hidupnya ini ditujukan kpd ustaz yg memberi kuliah subuh pada ketika itu.~

Khurafat

Selain daripada drama ini, filem Khurafat juga telah membuat pengambaran di kawasan sekitar ini. Salah satu daripadanya ialah surau yang terletak di belakang rumah aku. Hahaha. Tapi malangnya, ketika penggambaran dijalankan, aku sedang berada di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Aku dapat tahu pasal benda ni pun selepas aku pulang dari menonton filem Khurafat di Mid Valley bersama Siti Hanisah Abd Karim, Yasmin Ruba'ai, dan teeeetttt.. My brother told me.

2 comments:

neesaABDkarim said...

ape yang teeeeettt tuh haa ??
haha :D

アイシャー said...

nak aku sebut ke.. teeeeettt.... :P