Sunday, July 31, 2011

the things that i'll learn at UTeM


Aku dapat 'tawaran' daripada UTeM, tapi aku tak paham la apa bendalah ni:
Kursus: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPINTARAN BUATAN) DENGAN KEPUJIAN
Fakulti: Faculty of Information and Communication Technology /  Fakulti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi


Aku dah jumpa apa yang patut aku tau, so I just want to share..
This is what I'll learn in UTeM, Articifial Intelligence / Kepintaran Buatan

Hasil Pembelajaran Kursus
Image
Program akademik Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) ini ditawarkan untuk melahirkan para graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang Sains Komputer khususnya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Para graduan juga dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran lanjutan khusus dalam bidang kepintaran buatan yang dapat memenuhi keperluan industri terutamanya bidang ICT, robotik dan kejuruteraan pembuatan.

Hasil Pembelajaran
Tujuan FTMK mengadakan program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)(Kepujian) adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar menpunyai ciri-ciri berikut:
1.    Pelajar mampu memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
2.    Pelajar mampu untuk menganalisa, merekabentuk dan membangunkan aplikasi ICT.
3.    Pelajar berkebolehan mengaplikasikan teknik-teknik kepintaran buatan seperti teknik carian, logik kabur, rangkaian neural, pengkomputeran evolusi, pembelajaran mesin, agen pintar dalam pembangunan sesuatu sistem.
4.    Pelajar mempunyai kemahiran untuk membangunkan secara individu atau berkumpulan sistem berteraskan kepintaran buatan seperti sistem pintar, sistem pakar, sistem agen pintar dan sistem robotik.
5.    Pelajar berupaya untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan berteraskan kepintaran buatan.
6.    Pelajar boleh berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah serta mampu berkomunikasi dengan efektif untuk menyampaikan data.
7.    Pelajar mampu menyumbang kemahiran secara individu atau berkumpulan dalam pelbagai disiplin dan domain.
8.    Pelajar mampu mempamerkan keperibadian yang tinggi, beretika dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan.
9.    Pelajar berkebolehan dalam pembelajaran kendiri secara berterusan untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran.

Prospek Pekerjaan
Karier-karier yang sedia ada dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat adalah terbuka kepada graduan berpengkhususan Kepintaran Buatan. Antara peluang-peluang pekerjaan adalah seperti yang disenaraikan di bawah. Graduan berpengkhususan Kepintaran Buatan boleh juga menyambung pelajaran mereka di peringkat pasca ijazah.
a.    Jurutera Pengetahuan
b.    Pembangun Sistem Pintar atau Sistem Pakar
c.    Penganalisis Sistem
d.    Pengaturcara Sistem
e.    Perekabentuk Sistem
f.    Pembangun Perisian
g.    Konsultan Perisian
h.    Pakar Sains Komputer
i.     Penyelidik
Hacker pun boleh kot. haha


Undergraduate . Siswazah -> (Senarai program di UTeM)

Fakulti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
Bachelor in Computer Science
Diploma

5 comments:

N_A said...

Tahniah Aishah.. :D

* ko jdik hacker habis larh lamen web org digodam.. huhuhuhu

N_A said...

Tahniah Aishah.. :D

* ko jdik hacker habis larh lamen web org digodam.. huhuhuhu

Fira Fify said...

Hye.. Same course. 1st year jgk ek?

アイシャー said...

thanks naza
hmm.. aku dah cite kaann :)

afi fify
a'ah, 1st year, september intake
tp tak confirm pegi ke tak..

Anonymous said...

maaf nak tanya sikit saya dapat tawaran UTEM teknologi permainan.
Course tu macam mana bagus ke? Peluang pekerjaan ada ke?