Hari Raya Aidilfitri. Sejak aku pindah rumah (lepas spm 2009-hujung tahun la lebih kurang..), aku tak pernah sambut raya kat sini.
Raya tahun lepas (2010). Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) bagi cuti raya seminggu lebih. Dari 8/Sept/2010 ~ 16/Sept/2010. On 7/Sept/2010, that's my first time balik rumah. Sendiri. Eh, dengan Fatieha. Naik bas dari KMM, sampai lah ke R&R Serdang.
Aku ingat stesen KTM dekat je dgn situ, aku ikut Tieha. Nasib baik ade kawan KMM dia jugak, Wajihah. Mak dia tumpangkan kami sampai KTM Serdang. Terima kasih!! :) Then, Fatieha jumpa 'kawan' dia kat Serdang tu. Dah janji kot.. hehe. Aku berbuka roti kat situ. Dari Serdang ke KL Sentral, kami naik KTM same2, tp coach lain. Kat KL Sentral, diorang tukar train. Aku teruskan je perjalanan dalam train dan coach yg sama hinggalah ke Rawang. Tukar platform kat Rawang, terus ke KKB. :)
Kat rumah, sempat la sekali, berbuka bersama keluarga. Esoknya, balik kampung. Berbuka kat kampung. Lusanya, raya. Sepanjang cuti raya tu, aku kat kampung.. Tapi tahun lepas raya yang paling tak best bagi aku. Tak ramai yang balik kampung. Kampung aku tak semeriah tahun-tahun yang lepas. Abah pulak tak berapa sihat. Tak de lah beraya sangat. Beraya kat rumah yg dekat2 je..
Balik rumah, kemas2 beg, terus gerak ke Melaka.. Aku sempat jumpa mak cik Siti (jiran depan rumah) je sebelum ke Melaka. :(
Tahun ni.. tak tau lah macam mana pulak.. Dah dapat tawaran 'lelong' dari UPU.. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka. Masuk 4/Sept/2011. Berapa hari je dapat raya.. Tak sampai 1 minggu pun. I bet mesti lama duduk kat kampung.. Tahun ni ramai kot pak cik-mak cik, sepupu sepapat balik kampung.. Tak best la kalau dapat beraya sekejap je
No comments:
Post a Comment