Selasa, 26 Julai 2011
2pm~4pm
aku pergi dengan mak & Adam. sejam kot aku kitorang tunggu kat depan bilik no. 8 tu. Then, barulah turn aku. Dia bagi 2 borang, utk urine test & x-ray. Dan 1 borang janjitemu dengan doktor pada hari Khamis, 28 Julai 2011, 2pm. Mak aku balik dulu. Ingatkan dah habis.
Urine Test
Aku masuk makmal, terus duduk. haha. Sepatutnya bagi borang utk urine test tadi.. Aku duduk selang 2 sebelah budak university-to-be mate aku. Depan aku, budak Batang Kali. Aku pelik, takkan la terus duduk kan? Aku tanya la budak tu, "Kena bagi borang ni ke?". He said, "Ha, ye la". "Oo. hehe" Lepas tu aku diberi bekas untuk menadah air kencing. Yeww! "Toilet kat sebelah," First time kot nak menadah urine ni. Geli-geleman teman! Nasib baik aku minum banyak air tadi. Tak de la teruk sangat urine tu. hehe. next;
X-ray
Aku duduk sebelah bakal pelajar UMS. Sebelahnya pulak, budak Batang Kali tadi. Aku tak tau pun nama diorang . haha. Kat tempat x-ray, tak de la lama sangat. Bagi borang, duduk kejap, then, diorang panggil. Aku ingat, nak x-ray ni kena half-naked. So, aku mintak2 lah yang meng'x-ray' aku ni perempuan. Rupa-rupanya, aku diberi satu bilik khas utk tukar baju dan baju khas disedikan dalam bilik tu untuk mengganti baju yang aku pakai.
Khamis, 28 Julai 2011
2pm~5pm
Aku datang pukul 2, pukul 3 baru turn aku. Check blood pressure, berat, tinggi. Lepas tu aku disuruh ke kaunter untuk ambil nombor. Nanti pandailah orang yang kat kaunter tu. After that, dia bagi nombor 76, kertas warna merah. "Pergi tunggu kat depan bilik no. 6" Aku pun cari la.. tak nampak pun bilik no. 6. Lepas tu aku tanye la sorang pak cik ni, lepas tu dia tunjukkan. Terima kasih pak cik! ekeleh.. Dekat je.. Memang patut la aku tak tau, bilik tu tak bernombor. Time aku tunggu, baru no. 58. Lepas sejam lebih, barulah no. 76 :). Jumpa doktor, dia tanya2lah aku, ada masalah kesihatan ke, alergi ke.. "Takde. Insya-Allah takde. hehe" Lepas tu dia suruh aku nganga.. blablabla.. At the same time, she filled in the form in UTeM booklet. Suddenly she said,
"adik tak check darah ye?"
"aik! ha'ah.. tapi masa saya nak derma darah dulu, saya berdarah B,"
"tak boleh dik, kita kena check kat sini jugak.. kalau macam tu adik kena datang lagi la esok, utk check darah,kalau tak saya tak boleh sign kat sini.. rumah kamu kat mana?"
"Padang Golf"
"mm. dekat jee.. k lah, esok datang lagi ye, pergi bilik 8. check darah dulu. Bawak x-ray sekali"
"ok"
manalah aku tau prosedur kat hospital tu macam mana.. wasting my time!
Jumaat, 29 Julai 2011
10am~11am.
Nampaknya tak ramai orang! Takde la aku duduk melangut macam orang bodo kat depan bilik 8 tu. Ade la dalam 20 minit kot. Lepas tu aku cerita lah hal semalam kat nurse tu.. Mula2 aku dapat nurse Melayu. Lepas tu ntah macam mana, dapat nurse India pulak. Better kot.. Yang nurse Melayu tu macam gatal pun ade, dia pergi kat pesakit lelaki. Ceh! Kemudian, darah aku pun disedut.. Takde la sakit mana pun.. Done.
Sementara nak tunggu result, aku duduk tercongok lagi depan bilik 8 tu. Tiba-tiba aku rasa tak berdaya, lemah, & berpeluh-peluh. Tapi aku tak rasa panas pun. Lagi sejuk ada lah. Teringat pulak masa Form 5. Aku pernah rasa situasi macam ni. Tak tau lah kenapa.. Tapi rasanya sebab senggugut kot. Aku longlai je, letak kepala atas meja, muka pucat, berpeluh-peluh. Atiqah la yg kate.. Aku tak pernah tengok muka aku pucat. Ada la dalam 5 minit aku rasa macam tu.. While waiting in the area, and at the same time I felt the pain, it's better for me to lean against the chair and take a nap. Lepas tu pulih la.. Aku tunggu result sampailah tinggal aku sorang je kat situ..
Then, pergi ke kaunter utk ambil no. giliran. aku cerita lah jugak kes aku ni, orang tu suruh tanya doktor tu dulu sama ada aku perlu ambil no. atau tidak. Aku pun pergilah jumpa doktor tu kat bilik no. 6.. Aku pun tanyalah. And the doctor said, "mm.. tak pe lah. meh sini saya check,"
Pergh! Aku tak payah tunggu giliran.. Sorry la kalau saya memotong barisan ye! hehe
5 comments:
entah bila lah aku nak buat medical check up.
busy kerja laaaa :/
untungla ko ade keje...
ko lambat lagi masuk kot..
aku ni. raya tak sampai seminggu dah kena lapor diri.. :(
aku pernah cakap eh? haha.
uhu. nak wat med check up. aishah, tlg bodek bos aku. ehehehe :)
iye.. ko dgn dayah..
korang cakap muke aku pucat
kan kite duduk sebaris dulu.. :)
err.. pasal bos kau.. tok dapek den nak tolong..
sorry sorry super junior :P
Post a Comment