Monday, March 7, 2022

Breast pump

 Hmmm banyaknya brand breast pump. Selama aku beranak dua kali ni, dah 3 jenis pam aku beli. Aishah..  aishah.. membazir nombor satu.


2018. Mula2 dulu aku pakai brand Real Bubee, aku tak tau apa2 masa tu pasal breast pump ni. Aku tanya member ofis yang pernah mengepam, dia guna brand ni. Tengah pantang anak pertama (Umar), aku dgn laki aku cari la breast pump kat kedai baby QQ baby shop tak silap. Umar masa tu kat NICU. situ semua barang baby murah wehh. apa nak almost semua ada. Baju, stroller, beg, car seat, carrier, dll. Breast pump tu aku beli masa tu RM35 kot.

Ok berbalik pada breast pump. Balik tu aku pam terus. Lepas bengkak susu sampai hampir demam la jugak. Mula2 ok je.. lama2 melecet. huhu. maybe sebab flange nya plastik keras, saiz puting aku tak sesuai (besar drpd funnel), plus inverted nipple. huhu. struggle weh. tapi aku rasa tu la paling banyak aku dpt pam total 8oz dua2 belah. susu tu la aku bagi hospital utk bagi kat Umar masa kat NICU.

Lepas tu, ada member dtg melawat, suggest breast pump lain. Lacté Duet Elite

Aku ingat semua sama je. Rupanya material flange, suction, semua main peranan. Flange silicone ni kurang sikit sakit. Suction pun lembut. Tapi harganya berganda2 drpd Real Bubee. hampir RM600. Muahahha. 

Ada la berapa kali je aku guna.. lama2 hangus.. Umar jenis tak sabar nak susu.. Direct latch pun tak pandai sbb nipple aku inverted. Tak sampai 2 bulan susu badan aku dah kering. huhu. maafkan mama Umar ..

2021, Uwais' turns pulak. Masa ni dah pandai sikit mamanya. Dah ada handsfree milk collector. Aku beli ni. Kengkonon nak try. Ya. memang function. mudah nak bergerak. cumanya yg aku menyesal, kenapa x beli motor pump sekali? mulanya of course sebab mahal. and aku dah ada Lacte  aku pasang tube and sambung je la kat handsfree tu. Lama2 aku rasa susah juga nak bergerak. so aku cari la kat shopee, ada tak jual motor pump je. and aku jumpa brand Lee Bee.


So memang aku boleh berjalan ke sana ke mari dgn handsfree pam. tapi aku rasa knp sikit ek susu keluar? oh rupanya lain motor lain suctionnya.. no wonder ada mahal, ada murah.


so sepanjang aku survey breast pump, ni brand yang aku jumpa

1) elvie

2) empreus

3) youha

4) bearmom

5) arley

6) autumnz

7) spectra

8) medela

9) cimilre

10) Lacte

11) treenie

12) pump on the go (POTG)

13) Lee Bee

14) Mafa bebe

15) imani

16) supermama

17) Philips Avent

18) Tommie Tippie

19) OKBB

20) Anakku

21) Pureen

22) Babebao

23) Real Bubee

24) Boboduck

25) Samu giken

26) Yohoo

27) Moozy

28) Goody

29) Haenim

30) Malish

Ok lah. FYI, semua pam ada pro n cons. ade yg kena pegang, ada yg handsfree, ada yg bising, ada yg discreet, ada yang tahan bateri lama, ada yg sekejap, ada yang suction lembut, keras.

Saiz nipple pun kena ambil kira so that suction sesuai dgn breast. ok maklumat lain pasal saiz nipple, pasal breast pump.. sila lah google. fuh. pasal breast pump pun nak kena byk study tau! chiawww


Friday, June 18, 2021

LOCKDOWN




MCO 3.0 dah.

"Apa khabar saudara saudari semua? Harap sihat hendaknya"

Tak tau ramai orang dah struggle sekarang. Kesian. Ada gaji kena potong, ada yang kena buang kerja, yang buat bisnes terpaksa tutup sebab tak ada sales dan tak dapat bayar gaji pekerja. Alhamdulillah, so far tempat kerja aku minta potong annual leave je setakat ni.

Antara alternatif daripada kenalan aku, mereka ada buat aktiviti seperti di bawah ni untuk teruskan kehidupan masa2 PKP ni:

Berkebun/bertani
Yang ni untuk yang berfikiran panjang. Kena ada modal dan ilmu. Kalau tak ada ilmu sia2 je kau tanam menanam. Tanam barang2 keperluan harian. contoh: Cili. Oh ya laki aku ada invest dalam cili ni. hehe. Tapi kongsi la. buat sorang tak larat. kalau setakat belakang rumah boleh la buat sorang.

Buat vlog sharing di Youtube
Yang ni kena ada content yang menariklah baru orang ramai tengok, like, share apa semua tu. Ada cara nak dapatkan duit. google la sendiri. 

Buat dropship/agent NIMS Chocotub, Young & Living essential oils, Coway/Cuckoo dll.

Hahaha.. ni barang2 untuk orang work from home la ni. stress dgn kerja, stress dengan kerenah anak..

Kurier

Grab, Foodpanda, Pos Laju, Lazada Express, Shopee Express, DHL, J&T dll.
Maklumlah semua dok rumah dok belek2 fon je.. ramai la order. so rider/penghantar pun sampai tak menang tangan nak menghantar pesanan.

Thursday, October 31, 2019

Kena scam / scammed

beware of these numbers

+6018-3691129
+6013-6703837

dia banyak buat iklan kat mudah.my untuk jual tv yg branded dgn harga murah. urgent katanya dan boleh cod. dia akan minta deposit utk lock/book sbb ramai yg nak beli katanya. then  tu dia akan delete iklan tu. then dia buat cerita pasal anak nak guna so kena tolong settle full terus.

transaksi yang aku dah buat, dia akan minta waktu exact kita transfer duit tu. amboi banyak sgt transaksi tu sampai nak kena tengok masa bagai. aku syak dia gunakan akaun org lain sebagai parking akaun. sbb aku screenshot yg biasa, dia tak nak. sbb tak ada masa transfer



aku xnak settlekan habis sbb dia x hantar tv lagi. last2 aku kena block terus. hahah


oh ya. dia selalu tukar profile picture. xtau la gambar mana dia kutip.
ni yg sempat aku ss


nah. ni aku jumpa iklan lain dia buat mlm tadi guna nama lain. tapi nombor sama
https://m.mudah.my/view?ad_id=79014320&share_from=android&share_to=other

1/11/2019

I'm married

i'm married. in September 2017.
alhamdulillah


Thursday, November 17, 2016

Biodata facebook

"あいしゃ"is Aisha in hiragana.
"アイシャ"is Aisha in katakana.
"愛沙"is Aisha in kanji.

1st of 9 (I'm the eldest sister for Aliah, Amin, Asyraf, Amirah, Afiqah, Adilah, Balqis, & Adam)
saiz tapak kaki mcm gajah. bila nak beli kasut, susah nak cari kasut yang aku suka. Penat2 aku pilih, tetibe takde saiz -.-"
During matriculation, I'd intention to donate blood, but im not qualified enough as I got low blood pressure at that time
<3 colour="" p="" yellow=""><3 jokes="" p="">susah ingat nama orang bila jarang bertegur
tak pandai bergaul sangat. Orang tegur, baru aku bercakap
Terlalu bersabar kot. Aku selalu diam when somebody do something that i don't really like
Most of my plan usually tak jadi
<3 alone="" i="" jalan2..="" know="" m="" my="" p="" travelling="" way="" when="">Dislike to be too depending on medicines when i get sick
Tak suka soalan "nak kenal boleh?" Aku rase pelik. Just ask straight to the point, okay! Janganlah segan2 pulak. Nanti aku jadi lagi segan memandangkan aku ni memang penyegan. (?? yeke?)
<3 comics="" especially="" fonts="" hate="" novels="" p="" small="" thick="" with=""><3 aktiviti="" bila="" dibuat="" isi="" lapang.="" masa="" nak="" p="" suka="" tak="" takde="">tak suka tidur, tapi senang tidur -.-"
When surfing Youtube, I always hope that my 'brothers' (matluthfi90 & Super Junior) upload the new videos
tak pernah pergi sekolah agama@petang. Tapi time cuti sekolah, abah sent me to program cuti sekolah; either camps, kelas mengaji dgn atok ^ opah, or tahfiz.
can't stand for spicyness T__T
seorang/jenis yang tak pandai bermadah/berkata-kata
i use simple language. tak payah nak berkias-kias dgn aku. memang aku akan lambat nak paham.
aku rase la, dlm fb ni aku lain, realiti pun lain.. dlm fb macam rancak je berbual. but in real life, pandang pun tak (tak perasan). paling koman pun senyum je la..

dalam proses mengenali diri. exploring the true me.

DMFK stated that:
U anak sulung, so kena bertanggungjawab walaupun manja n sering tak pasti (dilema)
   NURAISHAH = Cahaya kehidupan yg bahagia
  Lahir 23 Feb = Org yg agak keras hati tapi amat sensitif. oleh krn u lahir antara 18 -23 hb, menyebabkan u di klasifikasikan sbg "Makhluk 2 Alam" ie sabar boleh pemarah pun boleh. Campur org boleh sendirian pun ok. Tu sbb sering dilema. Bila dilema, maka sukar nak buat keputusan n bertindak

They (my friends) say that I am:
blur
gila
tak de perasaan
lampi (lambat pick up)
loading
lambat grab
pending
gangster
sombong
jual mahal
poyo
gemok
sengal
macam budak-budak (childish)
sempoi
love to smile (senyum/sengih) :)
love to laugh :D hahaha
kedekut
Susah marah
Suka menjawab 3:)

wanna friend with me? haha. you'll know me better :P
want my phone number? ask me by yourself

Thursday, July 21, 2016

Maafkan anak-anakmu

Maaf. Tiada seorang pun adik beradik aku belajar oversea. Hampa? Kecewa?
Maaf maaf dan maaf

Tapi kenapa harus membandingkan?

Sunday, July 17, 2016

Ciri-ciri calon suami

Penyelia aku pesan, "kejar cita-cita, cinta akan hadir". Dari pemahaman aku, mungkin aku tak kejar sangat cita-cita sebab tu la cinta tak hadir. Hahaha.

Penyelia yg sekarang pulak tak habis2 dok kenenkan aku dgn org tu org ni bila ikut dia ke majlis2/program2. "Kau nak dgn dia ni? Dia ada karisma macam kau tak? Kau nak lelaki yg mcm mana?"

Aku memanjang je jawab tak nak. Ye lah. Mana ready soal cintan cintun ni. Kahwin? Lagi lah tak!

Tapi aku tgh keliru sekarang. Shida kata ada org suka aku. So? Aku tak tau ada hati ke tak dgn dia. Gaya dia whatsapp dgn aku memang nampak dia suka aku. Concern pun ada. Ada yg sorang lagi pun concern sama, tapi kurang sikit dgn yg first tu.

Masalahnya, aku rasa rimas la ckit2 whatsapp je. Kadang2 malas nak reply & memang aku buat mcm tu bila aku rasa malaslah. Hahaha. Kadang2 tu memang busy jadi pemerhati je. Lepas tu memang lupa nak reply. Nasib2 lah kalau aku scroll balik & reply.

Penyelia yg sekarang kata kena letakkan sayang baru datang suka kat orang tu... tapi aku tak tau nak letak kat sape. Penin2. Wahahahaaaa. So biar je lah.

Tipulah kalau kata aku tak ada perasaan. Ada la jugak jeles sikit dgn member2 ada dah tunang, kawen, & dah ada anak pun. Kesian anak aku dpt mak tua. Kuikuikui.

So lelaki yang macam mana agaknya yang menjadi pilihan? Aku rasa macam susah nak dpt ciri2 ni sebab tu la aku masih single. MEMILIH sangat! Adoi la ecahhh

1. Ahli silat.
2. Anak jantan. Tak pondan. Tak sotong
3. Beriman
4. Kaya
5. Hensem. Sedap mata memandang.
6. Berwawasan
7. Bersungguh
8. Penyabar
9. Boleh 'bukak' mata abah
10. Tak kekok jumpa saudara
11. Tegas
12. Bertanggungjawab

Setiap point ada huraian dia. Nanti2 lah.