Showing posts with label uniten. Show all posts
Showing posts with label uniten. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Jalan berbeza

Alhamdulillah, selesai jawab midtern exam Management Science. Tak sangka, Allah swt permudahkan segalanya. Aku tak sentuh pun notes melainkan sebelum tidur mlm tadi. Tu pun sekali lalu je. Thank you Allah!!
Aku keluar dar kls kira2 1 jam setengah menjawab. Ramai lagi yg masih menjawab. Aku berjalan pulang ke Ilmiah dgn melalui jalan di tepi tasik, menikmati pemandangan dan menghubungi mak. I told her about my midterm exam just now. I'm happy to hear her voice happy. :)

Wednesday, February 19, 2014

Hipokrit

Antara yang berkaitan dengan post ini:

-Membuka pekung di dada

-Ikhlas itu tidak berniat, berniat itu tidak ikhlas

Renung-renungkan

Saturday, February 15, 2014

Mak

Kasih sayang mak tiada tandingan

Walaupun aku selalu susahkan mak utk kejutkan aku bangun pagi dan solat subuh, mak tak pernah berkira. Cuma terkeluar sedikit keluhan dan rungutan dari bibirnya kerana aku liat nak bangun.

Pagi tadi, aku perlu bersiap seawal jam 6.30pagi sebelum bergerak pulang semula ke kediaman pengajian. Mak kejutkan aku lebih awal drpd biasa. Kira-kira jam 5.15pagi. Aku sudah sedar sebenarnya, cuma mengada-ngada nak bangun lewat sikit. Aku target mahu pejam mata sehingga jam 5.45am. Ada 30minit lagi sebelum Subuh

Ketika itu juga, kedengaran mak bertungkus lumus menyiapkan makanan. Ada kalanya mak memanggil-manggil namaku supaya bangun dan bersiap,"shah.. siap shah.." Aku cuma menyahut, "hmmmm" Ya, Allah! Berdosanya aku!

Jauh di sudut hati, aku tak mahu pulang ke Muadzam Shah (MS). Lebih baik rasa tertekan di rumah dgn arahan abah daripada dengan silat yg ada di MS ni.

Sebaik shj azan berkumandang, aku terus solat. Kemudian mak suruh aku menjamah sedikit makanan yg dia sediakan tadi. Kelihatan secawan kopi, roti sandwich sardin dan nugget ayam goreng di atas meja. Wow. Cepatnya mak sediakan :)

Mak juga tampak risau samada barang2 yg perlu aku bawa sudah disiapkan atau belum. Huhu

Bagi aku, semua dah siap. Cuma tugas aku yg belum siap. Akaun persatuan. Penat aku memikirkan perkara yg tak selesai2 ni =_=

Dan nampaknya mak yang bergegas mahu menghantar aku ke stesen kereta api supaya aku tidak lagi ketinggalan. Aku ni relax sgt lah! Aku perasan tu

Friday, February 14, 2014

Buat kerja di rumah

Tak dapat relaks punya even during sem breaks. Ada je kerja yg abah suruh buat.huhu

Monday, September 23, 2013

Rich Dad

Aku baru belek2 majalah Dara dlm bilik

Tiba2 abah masuk. "ooo.. Ini kojenye ye? Meh sini"

Abah terus ke biliknya dan keluar semula dgn membawa buku ini. Rich dad poor dad.

"nah. Baca ni. Lepas tu cite kat abah. Alaa.. Mlm ni pun boleh habis tu.."

Hmmm

Sunday, September 22, 2013

I'm so sorry, but i love you

Big Bang sang this for you, Mojo.

Today's the last day you stay with me. Kejap lagi kite balik KKB. Yeay!!
Ramai yang menanti kau di sana ;D

Goodbye 5th Sem

Sem 5 punya final exam finished yesterday. Public Sector Accounting was the last paper. Ntah apa aku jawab. Macam quiz je aku buat. Last minute lagi.

Petang ni balik tumpang mya. Sekali dgn siti n syira. Then tido kat BTS. Esok, inshaAllah abah amik. Aku bwk Mojo. Abah tak tau lg kot. Huhu

Tuesday, September 17, 2013

Mojo

Supposedly he gave me Jojo. Last minute informed, he gave me the other one, named Mojo. So here it is

Monday, September 16, 2013

Expired

Ah. Kau sudah expired. Bagaimana bisa aku tebus? Huhu

Thursday, September 12, 2013

Discovered

It happened 2&3 days ago
I let my friend to look into this phone. Suddenly I saw that both of them open up my blogger app. on 2 different days by different people.

I wonder what did they read on my blog.

Is there any needs to know my stories. I only want unknown people to read on my blog actually :/

Monday, September 2, 2013

Miserable

Messy and getting more messy. Just look on my table. I don't know how was it like in my mind. Does my brain looks the same as this? It's good because our thinking is unseeable

Handphone raya

Now using nokia and sony ericsson x8
Well, nokia replacing my sony ericsson j105 while this xperia replacing my galaxy young.
Missing my old phones very much

Final exam sem 1 2013/2014

5th sem for me.
Alhamdulillah, masih boleh meneruskan pembelajaran. Tapi masih tidak berpuas hati dgn result yg semakin merudum turun.
Lagi 2 sem harapnya. Tempat intern abah dah booking awal. Secara lisan. But still, i have to follow the procedure like others doing
Gambar berikut merupakan susunan buku2 yang perlu dibaca dan difahami mengikut jadual final exam
Afrb advanced financial accounting 1
Aisb advanced accounting information system
Mgmb international business
Audb auditing
Amab adavanced managerial accounting
Apsb public sector accounting

Monday, August 26, 2013

Presentation

Teruknya.. Time over pula bila sampai part aku

Sunday, August 25, 2013

First time pinjam buku

Thursday, August 22, 2013

Noon

Lama tak lunch

Lama tak tidur tengahari bagi mengembalikan tenaga aku yg semakin lembik. Mudah sangat aku mengantuk sejak belakangan ni

Friday, March 15, 2013

the confession

macam mana 3-3 boleh ada kat tempat yg sama?!

yang F cakap2 dengan member, "kan ct kan? tak dapat kau, yg sebelah tu pun (aku) jadilah.."tapi member aku kata, "kau ni nak cakap dengan ecah cakap je la.. kaann..?"
mula2 ramai orang lalu lalang kat situ. sampailah tinggal kami bertiga. then, my friend said, "klah F.. aku nak masuk (kelas) dulu. aku bagi chance kau sembang dengan ecah. haha"
Eeeeeee.. geramnya aku masa tu.. senyum paksa je lah :/
tiba2 je suasana sunyi sepi
"hahaha.. kla cah. aku pun tak tau nak cakap apa dgn kau"

Then, E lalu lagi kat situ. Baru lepas beli makanan dari kiosk. Ni lagi satu. aku HEHEHE ja dgn dia

Yg D pulak, buat meeting dekat2 situ. Entah sejak bila dia ada kat situ. Rasanya masa tengah lepak2 dgn member aku & F la kot.

Lantaknye situuuu

Tuesday, February 19, 2013

2 angka

current account balance. huhu

Thursday, February 7, 2013

result . yuran . $$$$

result turun lagi. bertambah kuat niat aku untuk keluar dari silat

Ya, Allah.. apa aku nak bagi tau parents aku ni

yeah, memang silat boleh mendisiplinkan diri aku, tapi kalau dah hari2 asyik dengan aktiviti silat je.. apa jadahnya! setiap malam ahad, isnin, dan rabu utk aktiviti silat. khamis pula berzanji. USR pun makin dekat. Busy dgn kelas kemahiran setiap pagi ahad. Dan bermula dari minggu depan, setiap pagi sabtu dan ahad. 7am dah kena ada untuk jogging. 8-11am kelas kemahiran. then, aktiviti memasak. dingdongdingdong, balik ke apartment dalam pukul 3pm. perghh.. letih kot

oh ya. yuran pengajian untuk sem ni PTPTN tak cover. kena guna duit sendiri. total RM1990. Tolak RM400 untuk sewa penginapan selama 2 bulan. RM200 dah bayar, so ada lagi RM1790 perlu dibayar. Duit dalam bank aku tak cecah pun RM1000. T__T. I informed abah already regarding this matter during semester holidays. And yesterday, I messaged him. He didn't reply at all. I've already knew that this would happen. Aku tau abah tengah pening kepala nak cari duit.

Dengan projek reban Angah lagi.. Abah kata tak de untung pun buat reban tu.. Abah terpaksa buat sebab Angah dah masukkan duit siap2 dalam akaun Motai. Angah.. Angah.. Aku tak tau la. Angah ni macam amek kesempatan pun ada. Nak macam2, tapi bayar murah. Abah pun buat sebab mengenangkan jasa yang Angah dah banyak tolong abah masa awal2 buka bisnes. Angah bagi modal dalam RM20k-50k. dalam range macam tu la. aku tak sure. Tapi abah dah ganti balik..

sometimes aku rasa nasib aku sama macam abah sekarang. Abah kata banyak projek yang abah buat, orang tak bayar. almost RM500k. Aku jadi bendahari ni pun.. aduyai.. macam tak guna ja even aku ni dlm bidang akaun. Aku tak tau la dah berapa byk RM aku dahulukan duit aku untuk galas tugas ni.. Lagi2 lepas aku kena beli pakain silat. Sejak tu duit aku sangkut. RM500+ jugak lah rasanya.

ah. sudahlah. aku ni tak habis2 mengungkit

SATU senyuman boleh menutupi SERIBU kesedihan.Jangan ingat orang yang selalu senyum ini BAHAGIA. KESEDIHAN dihatinya hanya ALLAH yang tahu.











Saturday, January 26, 2013

orang yang gila2, come2

haha. aku sebenarnya suka orang yang gila-gila ni. boleh buat gaduh. gaduh manja. hah hahh

tapi dah takde dah orang yang macam tu kat uniten. kat kmm dulu ramai la jugak. aku kalau ada masa, melayan jugak lah kepala gila2 tu. kadang tu sampai orang kata kepala aku yang masuk air. haha. lantak pi lah. janji aku senang hati <3