
Sabtu, 15 Mei 2010- Aku ke KL dgn abah utk menghadiri ke kursus Kad Hijau yg dianjurkan oleh CIDB atau nama penuh dlm BM: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Actually abah nak renew something*tak taula ape. Tp bende yg berkaitan dgn CIDB la. Kalau nak renew bende tuh, kene ade mata (markah) dulu. So, sape2 yg dtg pd ari Sabtu tu dpt 8 mata. Abah nak 40 mata kot. Aku dpt 8 mata, abah 8, Pn Masnidar 8, En Rodney 16*dia dah pergi ke kursus supervisor 2 weeks before. Cukup la 40 mata an??
Kursus tu start 8.30am (pendaftaran), tapi kitorg dtg pukul 9am. Biasela.. Aku masuk dulu, tgok name aku dgn abah kat semua pintu bilik syarahan sementara abah mencari tempat parking. Semua sekali ade 4 kelas. Bilik syarahan 1: tak de. Bilik syarahan 2: tak de. Bilik syarahan 3: Haa!! ade! Aku dgn abah masuk, kursus tu baru nak start. Nasib baik!! Masuk je bilik syarahan tu... pergh!! Ramai gila kaum lelaki. Org perempuan boleh dikira dlm 5-6 org je kot drpd 40 org dlm kelas tu.
Dari pukul 9am++ sampai 4.00pm tu kire bosan la jugak kalau asyik dok dengaaar je org tu bersyarah. Nasib baik org tu klako. Pas tu dia selit2 la jugak video2 yg kelakar, tp berpengajaran dlm presentation dia. Aku rase dia bersyarah pasal keselamatan di tapak binaan je kot. Pas tu dia tunjuk gambar2 n video2 kmlgn di tapak binaan. ngeri kot.. eeee
Lagi 1, sape2 yang tak de kad hijau tu x boleh masuk ke tapak binaan, ok!
Mereka juga akan terus dapat insuran. Kalau sakit, boleh claim. Tak kire la dlm waktu bekerja atau bukan.
Attention!!
- CIDB mengadakan kursus-kursus yg berkaitan dgn industri negara secara percuma. Tiada bayaran dikenakan kpd peserta. Diorg siap bg elaun lagi. Kalau ade asrama, makan minum: diorang bagi RM500/month. Kalau tanpa asrama, makan minum: diorang bagi RM1000/month.
- Kpd budak2 lepasan SPM yg dah malas nak belajar tu*especially lelaki, masuk la progam latihan kemahiran ni ye.
- Maklumat lanjut sila layari http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/763
#Brosur:

