Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Friday, March 15, 2013

the confession

macam mana 3-3 boleh ada kat tempat yg sama?!

yang F cakap2 dengan member, "kan ct kan? tak dapat kau, yg sebelah tu pun (aku) jadilah.."tapi member aku kata, "kau ni nak cakap dengan ecah cakap je la.. kaann..?"
mula2 ramai orang lalu lalang kat situ. sampailah tinggal kami bertiga. then, my friend said, "klah F.. aku nak masuk (kelas) dulu. aku bagi chance kau sembang dengan ecah. haha"
Eeeeeee.. geramnya aku masa tu.. senyum paksa je lah :/
tiba2 je suasana sunyi sepi
"hahaha.. kla cah. aku pun tak tau nak cakap apa dgn kau"

Then, E lalu lagi kat situ. Baru lepas beli makanan dari kiosk. Ni lagi satu. aku HEHEHE ja dgn dia

Yg D pulak, buat meeting dekat2 situ. Entah sejak bila dia ada kat situ. Rasanya masa tengah lepak2 dgn member aku & F la kot.

Lantaknye situuuu

Thursday, February 7, 2013

result . yuran . $$$$

result turun lagi. bertambah kuat niat aku untuk keluar dari silat

Ya, Allah.. apa aku nak bagi tau parents aku ni

yeah, memang silat boleh mendisiplinkan diri aku, tapi kalau dah hari2 asyik dengan aktiviti silat je.. apa jadahnya! setiap malam ahad, isnin, dan rabu utk aktiviti silat. khamis pula berzanji. USR pun makin dekat. Busy dgn kelas kemahiran setiap pagi ahad. Dan bermula dari minggu depan, setiap pagi sabtu dan ahad. 7am dah kena ada untuk jogging. 8-11am kelas kemahiran. then, aktiviti memasak. dingdongdingdong, balik ke apartment dalam pukul 3pm. perghh.. letih kot

oh ya. yuran pengajian untuk sem ni PTPTN tak cover. kena guna duit sendiri. total RM1990. Tolak RM400 untuk sewa penginapan selama 2 bulan. RM200 dah bayar, so ada lagi RM1790 perlu dibayar. Duit dalam bank aku tak cecah pun RM1000. T__T. I informed abah already regarding this matter during semester holidays. And yesterday, I messaged him. He didn't reply at all. I've already knew that this would happen. Aku tau abah tengah pening kepala nak cari duit.

Dengan projek reban Angah lagi.. Abah kata tak de untung pun buat reban tu.. Abah terpaksa buat sebab Angah dah masukkan duit siap2 dalam akaun Motai. Angah.. Angah.. Aku tak tau la. Angah ni macam amek kesempatan pun ada. Nak macam2, tapi bayar murah. Abah pun buat sebab mengenangkan jasa yang Angah dah banyak tolong abah masa awal2 buka bisnes. Angah bagi modal dalam RM20k-50k. dalam range macam tu la. aku tak sure. Tapi abah dah ganti balik..

sometimes aku rasa nasib aku sama macam abah sekarang. Abah kata banyak projek yang abah buat, orang tak bayar. almost RM500k. Aku jadi bendahari ni pun.. aduyai.. macam tak guna ja even aku ni dlm bidang akaun. Aku tak tau la dah berapa byk RM aku dahulukan duit aku untuk galas tugas ni.. Lagi2 lepas aku kena beli pakain silat. Sejak tu duit aku sangkut. RM500+ jugak lah rasanya.

ah. sudahlah. aku ni tak habis2 mengungkit

SATU senyuman boleh menutupi SERIBU kesedihan.Jangan ingat orang yang selalu senyum ini BAHAGIA. KESEDIHAN dihatinya hanya ALLAH yang tahu.











Thursday, January 12, 2012

9 - 3.5 = adik2 yang tinggal dirumah


12 September 2011, aku masuk UNITEN Kolej Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
9 Januari 2012 aku cuti sem 1, esoknya
10 Januari 2012 hantar Aliah ke Kolej Komuniti Sabak Bernam.
Amin baru je habis SPM 2010. Sambil tunggu result, abah suruh dia jaga kebun kat kampung. Dok kat kampung dgn pekerja Indonesia sekali. Sekali sekala balik jugak lah rumah.. Tu yang boleh ade 0.5 tu.. kejap ade, kejap takde.
17 Januari 2012, hantar Asyraf pulak ke SMT Gombak. Dulu dia yang beriya tak nak dok asrama.. tapi bila tengok ramai member dia pergi asrama gak, dia pun nak.

So, sekarang tinggallah Amirah, Afiqah, Adilah, Aina Balqis, dan Adam bersama mak abah dirumah.. 

Sunday, July 24, 2011

Dramas / Movies yg aku tonton di KMM


nasib baik aku jumpa gambar ni. exactly macam ni lah aku and my roommates watch videos

# - full watch
* - skip2
  1. My Girlfriend is a Gumiho *
  2. Secret Garden #
  3. You Are Beautiful #
  4. 3 Idiots #
  5. The Sorcerer's Apprentice ##
  6. Saw *
  7. Lagenda Budak Setan #
  8. Koizora #
  9. Playful Kiss *
  10. Aku Masih Dara #
  11. Twilight #
  12. Hantu Kak Limah Balik Rumah #
  13. Harry Potter and The Deathly Hallows : Part 1 #
  14. Adnan Sempit #
  15. Princess Hours *
  16. Cuti-cuti Cinta #
  17. Step Up 2 #
  18. Rapunzel ##
  19. Spongebob The Movie #
  20. Dream High*
  21. Baby and Me #
  22. She's On Duty #
  23. DoReMiFaSoLaTiDo #
  24. My Boyfriend Is Type B #
  25. Personal Taste *
  26. I Am Sam #
  27. My Fair Lady *
  28. We Got Married - Khuntoria couple *
  29. 1 Litre Of Tears #
  30. Atashinchi No Danshi *
  31. Detective Conan Special *
  32. The Social Network *
  33. Pisau Cukur #
  34. Papadom *
  35. Quarantine *
Rasenye ade lagi.. lain kalilah aku edit :)

Sunday, July 17, 2011

rimas lah!

rimas lah rambut panjang!
Aku baru je potong rambut tadi.. Dah panjang kot.
Aku tak plan pun nak potong rambut, tapi sebab abah suruh Amirah & Afiqah potong rambut, aku pun rasa macam nak join



Sebab aku tak suka rambut panjang:

  1. berat. Kepala aku jadi berat dan mungkin dapat mengakibatkan aku kepeningan.
  2. Guna banyak syampu. Hipotesis: Semakin pendek rambut, semakin sedikit volum syampu digunakan. Syampu, air, masa, dan tenaga juga dapat dijimatkan. *Dah lama tak tulis macam ni. hehe
  3. Rambut gugur. Selalu masalah ni terjadi kepada perempuan kan? Berdasarkan pemerhatian aku, lelaki tidak mengalami masalah rambut gugur, tetapi masalah rambut susah nak tumbuh semula. Makin tua, makin licin kepala diorang. macam ni:

Monday, July 11, 2011

3 iklan love stories in a day

huh??
ai, cinta lagi..
dalam hari ni je abah dah tengok 3 iklan yg ade perkataan 'cinta' kat belakangnye
Stanza Cinta

Tahajjud Cinta

 Lagi satu ape entah.. banyak betul cerite2 cinta.. kenapa ye?

Thursday, April 28, 2011

Aliah & I warned by JPJ

Da lame sebenarnye aku nak taip pasal bende nih. 2 tahun lepas.
25/10/09~ Hari tu aku baru je balik dari tuisyen Cikgu Din. Maklum saja lah, sibuk dgn preparation SPM 2009.. Lepas tu mak suruh aku & Aliah g kedai utk beli barang.

Kitorg pun pegi.. Aliah menunggang motosikal dan membonceng kakaknya yg sorang nih ke kedai yang terletak di persimpangan masuk ke Kg. Sungai Serdang. Name pun kampung an?? So, kitorg pon tak de la pakai helmet. Rasenye sepanjang aku tinggal kat sane, tak pernah sekalipun aku pakai helmet. Heh heh. Kantoi..

otw nak pergi, kitorang ikut jalan yg biasa kitorang lalu. Ade kenduri kawen pulak kat Jalan Teratai (Blok 4). Jam jalan tu. Dah la jalan tu kecik. Takut aku lalu situ. Busy yg amat!

Lepas kitorang beli barang, aku cakap kat Aliah, "ikot Tok Mude (Jalan Tok Muda) lah.. Tak jam.."

Walaupun jauh sikit, tapi 'selamat'. selamat ke??

Keluar je simpang dari Jalan Masjid ke Jalan Tok Muda..

Aku: Woi! Polislah!! Patah balik!

Bukan Polis, tapi JPJ ok..


Aliah: Haa??! Mane, mane?? (still ride the motorcycle)
Aku: Tuuuu.. kat depan tuuu! Eh, JPJ la
Aliah: oo.. nak buat ape ni? Patah balik ke??
Aku: Ish tak payah la. Diorang dah nampak dah..

aku takut kalo diorang amek gambar.. amek no. plat moto tu.. mane tau diorang boleh hantar saman ke rumah terus.. kalau jumpe diorang at least boleh berunding.. hehehe

Akhirnya, kitorang semakin hampir dgn mereka.. Dan salah seorang daripada mereka berlima menahan kami... Kami pun berhenti depan diorang.. Geramnye aku.. ade yg sengih2 tengok kitorang!! Aku buat muke biase aku la.. Senyum dalam takut

Pegawai 1: Nak pegi mane ni dik?
Aku: Balik rumah la
Pegawai 1: Dari mana ni?
Aku: Dari kedai, beli barang. Mak suruh
Pegawai 1: Tau tak ape kenapa kami tahan adik??
Aku: Tau..
Pegawai 1: Ape dia??
Aku: Tak pakai helmet
Pegawai 1: Haa.. tau ponn. Kami nak saman adik ni..
Aku: Haa??! Ala, janganla.. *buat muke kesian. hehehe
Pegawai 1: sendiri buat, sendiri tanggunglah.
Pegawai 2:Korang adik-beradik ea??
Aku & Aliah: Ha'ah
Pegawai 2: Sape kakak, sape adik?? Apsal muke lain2??
Aku: Saya kakak, dia adik..
Pegawai 1: Mintak no. IC. Kami terpakse saman adik
Aku: alaaa.. berape rm kalau kene saman??
Pegawai 1: RM300
Aku: sorang??!
Pegawai 2: Ye la.. 2 org=RM600

Aku & Aliah pon dengan x malunye merayu

Ala, janganla Encik..
Pegawai 1: mintak no. IC adik
Ala...
Pegawai 1: Cepaaatt..
Dengan beratnye kami sebut no. IC kami
Aku: 92xxxx-xx-xxxx
Pegawai 1: Adiknye pulak?
Aliah: 93xxxx-xx-xxxx

Aku & Aliah still pujuk diorang supaya x saman kitorang. What did we say??

adik-beradik ramai, 9 orang. Paling kecik nak masuk setahun
Abah tak de kat rumah, ade kat kampung. Tengah ade byk masalah pulak tu..

Diorang pon dengar je la. 3 org duduk, 2 org lagi berdiri sebelah kereta JPJ, smoking (salah sorang yg smoking tu hensem la jugak.. heee~)

Sambil kitorang cakap2 aku cari jugak orang lain yg bawak motor..

Aku: Haa.. tu! Orang tu pon tak pakai helmet!

So, salah sorang drpd diorang pergilah tahan orang tu.. Tapi orang tu cepat2 pakai helmet.
Tak lame lepas tu,

Aku: Haaa.. Tu ade lagi!
Pegawai 1: Kamu ni.. salah orang kamu nampak.. Salah kamu tu??
Aku: Heee~ Ish. Kalau aku tau la, baik patah balik je tadi!
Pegawai 1 tanya pegawai2 yg lain: So, macam mane?

Setelah diorang berbincang beberapa saat.. Akhirnya:

Pegawai 1: Ok. Kali ni kami lepaskan. Nak pergi mane lepas ni?
Aku: Haa! Ye ke??! Heeee~^^. Kitorang nak balik rumah la ni..
Pegawai 2: Betul?!
Aku: Iye. kitorang terus balik. Dekat je rumah kitorang. Masuk simpang depan tu je..
Pegawai 1: Make sure next time jangan buat lagi. Kalau kitorang nampak muke yg same lagi lepas ni, kitorang takkan lepaskan
Aku: Heee~ terima kasih.. Encik takkan jumpe kitorang punye, kitorang dah nak pindah daahh..
Pegawai 2: Dah. Terus balik
Aku & Aliah: Terima kasih!! ^_^

Kitorang pon bla.. Tapi ikot jalan yg aku cakap td, 25 meter dari tempat JPJ tu duduk "simpang depan tu je.."

Sebenarnya jauh lagi rumah aku sebenarnya. Bukan simpang tu yg aku nak masuk, ade lagi satu simpang kat depan tu, jalan elok sikit.. Tapi terpakselah ikut jalan tepi kubur yg agak berlopak tu. Kan dah kate 'dekat' tadi..



Lebih kurang macam ni la Jalan Pusaka tu..


Sorry pak cik2 dan abang JPJ!! Wuhoo!! Bye!!


Aku rase motif sebenar JPJ ade kat situ sebab terlalu banyak lori yg lalu kat situ

Tuesday, February 1, 2011

The last TEENS' cake

Oh, hari ni balik ke rumah sempena cuti Tahun Baru Cina.. Tiket bas pukul 4pm, tapi gerak dari KMM pukul 5pm. Sebab: Ramai beratur untuk scan kad matrik.

Aku sampai Bukit Jalil pukul 7pm. At first abah suruh aku balik macam biasa; naik KTM ke KKB dari Bkt Jalil tu, tp time aku kat Serdang, abah called nak ambil aku kat Bkt Jalil :D. Huhuhu.. Jimat masa 2 jam dan RM6.70 aku. Hehehe

Pas tu;

Abah: Dah makan belum??
Aku: Belum.. hehehe
Abah: Kalau macam tu kite makan dulu la. Tapi ala kadar, buat alas perut je ea.. Mak masak special malam ni
Aku: Ok
At Petronas Technology Park (berhampiran bas stand sementara Bkt Jalil);
Abah: Jom la kite makan kat sini
Aku: :DD (tadi kate ala kadar je.. Tapi makan kat sini; Mc'D)
Dalam pukul 9.30pm aku sampai rumah..
Mak masak spaghetti, nugget (adik2 aku dah ngunyap dulu)..
And I saw kotak kek atas meja
Aku: Aik! Sape punye ni??
Mak: Aishah punye le.. Sekali dgn Adilah
Aku macam x caye, aku pon pergilah bukak kotak kek tu





bile difikir-fikir balik..
Eh, umur aku dah 19 (sembilan BELAS)!!
Lepas ni dah tak pakai 'belas' dah..
Lepas ni PULUH pulak.. ;(

Sunday, December 12, 2010

A lot of stories to be written

  1. 6/6/2010-practice kawad kaki kat KMM. Bidan terjun. Lawan antara blok.
  2. 8/6/2010-pertandingan kawad kaki
  3. 15/6/2010-kehilangan kalkulator. Esoknye aku jumpe kat library. hehehe
  4. 26/6/2010-KAKOM. mcm merentas desa kot. Pompuan best.. lalu tepi pantai
  5. 29/6/2010-ko-kurikulum. 1st time main tenis.
  6. 1/7/2010-TENSIONest day. x taula kenape. lupe la pulak..
  7. 2/7/2010-start practice MUET for Task A and B
  8. 19~21/7/2010-UPS
  9. 21/7/2010- 1pm~11pm++. a journey to my home
  10. 23/7/2010-dpt buku yg telah ditempah. special delivery kot. Tempah kat KMM, dpt kat rumah.
  11. 1/8/2010-balik ke KMM. 6.55pm. Abah sampai uma pukul 2am sbb jam kat Seremban
  12. 4/8/2010-huhuhu. ade orang naik payung terjun.. my roommates and I tengok dari blok asrama. Orang lain ade kelas.... hahaha
  13. 5/8/2010-My pendrive found!! amin yg jumpe. Dia jumpe dlm bilik Asyraf kot. how dare u!! aku ade 2 pendrive, tp amin jumpe 1 je. 1 lagi masih blm dijumpai
  14. 6/8/2010-my turn to write a word power on the whiteboard in front (Impromtu)
  15. 8/8/2010-Outing ke Dataran Pahlawan & Mahkota Parade. Main bowling dgn Yasmin, Allif & Mizi. Ainee tengok je..
  16. 9/8/2010- Gune jadual baru. Ko-Kurikulum pukul 8am~10am. I wore tudung sarung. Ramai org ckp aku かわい.. Segan kot. Tak nak pakai tudung tu lagi!!
  17. 11/8/2010- Went to Bazaar Ramadhan
  18. 12/8/2010- きれい?
  19. 13/8/2010- Ros の うち へ いきます. Yasmin, Ainee & Farid joined.
  20. 14/8/2010- Went to JJ Bkt. Tinggi with Ros, Yasmin & Ainee. I bought 'L'. hehehe
  21. 15/8/2010- Ros の うち (9.30am)-->Melaka Sentral(12.00pm)-->KMM(3.15pm)
  22. 23/8/2010- UPS result ditampal di DK, HEP, and Dewan Utama pukul 10am. Aku tengok pukul 12 noon. Pointer: 3.58. ok la tu!! No basic beb!! hehehe. Math A, Akaun A-, Bisnes B+, Ekonomi B+
  23. 27/8/2010- KUMBE.
  24. 29/8/2010- Went to Bazaar Ramadhan and I saw Clone
  25. 30/8/2010- Ramai budak laki gila pada malam merdeka. Reza called Ros, ntah ape yg die merepek. Allif messaged me "Hai sayang". Aku reply, "Ko gile ke ape!!" Pas tu die call, die cakap roommate die yg send. fuh!!
  26. 1/9/2010- Hantar keje KUMBE. hehehe. lewat!! Kene marah dgn cikgu! x pe, da biase.. hehehe
  27. 4/9/2010- Lepas Maghrib, xde air kat blok aku. Nasib baik dah nak cuti raye. Ade la dlm 3 hari bdak2 blok mandi kat blok lain..
  28. 5/9/2010- Berbuka puase bersama budak2 kelas di Kafe A
  29. 6/9/2010- としょかん で あいした
  30. 7/9/2010- I'm home.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
  31. 16/9/2010- Balik ke KMM
  32. 18/9/2010- Kelas ganti ikut jadual hari Khamis
  33. 26/9/2010- Dah ade air!! woi, budak2 A5!! Dah ade air!!
  34. 29/9/2010- Berbasikal di waktu petang. pergh, lame dah x main basikal..
  35. 1/10/2010- Kelas MEKA Akaun @ 7.30am, T222
  36. 2/10/2010- Kelas ganti ikut jadual hari Selasa. English, Group 5, the best!!
  37. 4/10/2010- Dapat hadiah Hudson sweets and Roti Coklat Gardenia
  38. 6/10/2010- main basikal lagi..
  39. 7/10/2010- Pelik day??
  40. 8/10/2010- Kuiz Ekonomi
  41. 9/10/2010- Parents and grandparents came to KMM and abah brought me to Masjid Tanah to by new handphone. Budget: RM300 only. So, I chose J105i
  42. 11/10/2010- イズハル?? Business Test, Study Week
  43. 12/10/2010- MUET. Quarantined from 11am at new building in KMM. and i'm the last group. our group started at 1.20pm
  44. 18/10/2010- PSPM1- English
  45. 19/10/2010- PSPM1- Akaun
  46. 20/10/2010- PSPM1- Math paper 1
  47. 21/10/2010- PSPM1- MAth paper 2. イズハル and the gang ケフエ A で たベました
  48. 22/10/2010- PSPM1- Bisnes
  49. 25/10/2010- cuti umum
  50. 26/10/2010- PSPM1- Ekonomi~~~~ Balik rumaaaaaaaaaaaaah............
  51. 8/11/2010- 2nd Sem starts
  52. 15/11/2010- Sains Informatik. teruk!! Computer hang!!
  53. 2011/2010- Hang out dgn Ainee ke Mahkota Parade. Only both of us!! Pas tu balik lewat, sampai 7.30 tp still dpt kad outing!! hehehe
  54. 22/11/2010- No Sains Informatik today!! I like!!!
  55. 23/11/2010- KMM death
  56. 24/11/2010- ひと が すき??
  57. 30/11/2010- PSPM1 result. 3.43. Akaun A, MAth A-, Ekonomi A-, Bisnes C+
  58. 1/12/2010- Min and Ainee bisik2
  59. 3~5/12/2010- Rumah Yasmin @ KL
  60. 4/12/2010- MINES
  61. 5/12/2010- Balik KMM
  62. 6/12/2010- 5pm, lepas kelas Sains Informatik, pergi rumah Min lagi

Sunday, October 31, 2010

"Kamu dah ade pak we??"



Ish!! Menyampah aku dgn soalan nih!

Mane2 je aku pegi, bile org tanye aku soalan ni, aku akan jawab, "mane ade.."

Respon diorg:

Ecah?? Tak de pak we?? Tiiiiiipulah..


Lantak p la depa.....

Kalo aku malas nak layan, aku jawab je ade.. Ha'aaah ade..

Sape?? Pas tu aku sebut je la sape2 pon..


Dah la. x boleh tulis byk2. Nanti roommate aku bace. Habis diorg kenekan aku lagi..


P/S: Nyesal aku bukak blog kat bilik ari tu. Ingat nak private je blog ni dgn diorg. Sekali diorg bkk History.. habis diorg geledah :(
Sejak bile aku tulis entri cam ni?? Persoalan...

Saturday, May 1, 2010

Where should i go??

Aku byk mintak jurusan yg ade pengiraan matematik *not add maths!!* ukur bahan, akaun, ukur tanah, kesetiausahaan, bisnes, lg ape tah

Yang dah dapat:

  1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh-Diploma Akauntansi *including practical
  2. UiTM, *tak tau kat mane. kalo jaoh, aku g poly je kot - Diploma Akauntansi

Yang confirm tak dpt, tapi aku buat rayuan:

  1. Of course la matrikulasi! Tapi kalau lepas ni aku dpt, aku tak pergi kot. Aku lebih prefer politeknik sebab ade orang cakap matrik ni macam Form 6, cume tak pakai uniform skola je. Pas tu nanti kene study balik macam kat skola dulu. Lagi 1, kalau nak continue ke universiti, pihak matrik yg akan tentukan jurusan ape yg kite patut amek nanti. So, renung2kan.. Dan selamat meramal!! :D

Yang aku apply suke2. Abah suruh utk test market. Kalau dpt pon ok gak. Ade peluang ke Jepun. Tapi masalahnye itu fulus laa..:

  1. UNITEN - tak ingat la aku apply ape.
  2. UNISEL:-
CHOICE OF COURSE PREFERED:
    1. DIPLOMA PERAKAUNAN
    2. DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
    3. DIPLOMA PENGURUSAN PENTADBIRAN

So, which one?? Tanye mak abah la dulu. Heh heh heh. Politeknik kot...

Friday, April 30, 2010

Ooo baalik kampung!!

Pergh. lame gile rasenye aku tak balik kampung. The latest pon time raye 2009 kot. Pas tu bz dgn persiapan SPM la, pindah rumah la, kemas rumah laa, AJL (Accelerated Japanese Language) la..
Tp skrg ni aku dah pun menjejaki tanah di kampung halaman aku.. Kali ni bknnye satu family, sbb adik2 aku skola. Just otousan (my dad), balqis, dan aku.

Dah lame tak jumpe atok dan opah kat kampung..

Thursday, April 29, 2010

satu lagi cerita pekerja kerajaan


Polis. Kadang2, diorang ni baik jugak. Petang tadi abah pegi Tanjung Malim utk mencari buku resit yg sama dgn buku resit yg lagi satu. *tadi baru je aku disuruh meniru tulisan yg ade dlm buku resit yg lg 1 (yg baru). hahaha. jahat jugak abah ni rupenye. Tp resit kebun, tak pe la*



On the way abah ke Tanjung Malim, abah terpotong kenderaan di depan di double line *tak perasan*. Tiba2, seorang polis trafik menahan.



Polis: Encik.. Encik dah buat kesalahan

Abah: ..................... *abah diam je. org da byk pengalaman kena saman..*

Nak tau kenape?? Abah cakap, kalau kite bodek2, merayu, dan sewaktu dgnnya kat polis ni.. Mulalah diorang suruh kita bagi duit. Tak kirela RM50 ke RM100 ke.. So, lepaslah. Rasuah la tu. Buat duit kopi kot. Sebab tu la abah diam je. Baik jgn cakap pape. SAY NO TO CORRUPTION!! Hehehe.



Polis: Encik keje kat mane??

Abah: Klang

Polis: Saya nak saman ni..

Abah: ....................*senyum kot

Polis: Bagi IC encik

Abah pon bagila... Polis tu pon bace IC abah...

Polis: Owh, encik dok kat Kuala Kubu ye??

Abah: Ha'ah

Polis: Oooo. Tak pe tak pe. Encik boleh jalan..

aik!! teros tak jadi saman?? Polis tu pon dok kat KKB kot.


Bile abah balik uma, abah citela kat kitorang. "Untung jugak duduk kat Kuala Kubu ni ye?? Tu belom lagi abah cakap abah duduk kat depan uma Mustapa (ketua polis trafik-tak taula area mane). Kalo abah cakap, lagi dia terkejut kot,"

Wednesday, April 28, 2010

orang kerja kerajaan memang lembab ke??


Firstly, aku nk mintak maaf kpd sesape yg bekerja dalam sektor kerajaan ni. Aku rase x semua kot. Tapi ni la yg buat aku geram:

Hari Isnin (26/4/2010- a day after pilihan raya kecil Hulu Selangor *eee.. jalan dah tak jam!! :D) aku n mak pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kat pekan KKB. Aku g sane sebab nak mintak pengesahan drpd diorg psl salinan slip spm result.

Mule2 aku ke kaunter n tanye;
  • Kat sini boleh mintak pengesahan salinan result spm tak?
  • ermm.. boleh3. Jap. Tapi saya x taulah sape yg ade kat atas tu. Kamsah ke, Axxxxx ke.. Adek pergi la cari kat atas. kat tingkat 3.
Aku pon pegi la naik tingkat 3.. pas tu tanye la org2 kat situ yg mane org yg patot aku jumpe. Ha.. tu aa orgnye
  • ekeleh.. ni ke?? lembik je aku tengok. Tak buat pape pon. Duduk je. Tak semangat aku tengok muke dia tu. orgnye pon boleh tahan boroinye. hehehe
  • Encik, saya nak mintak pengesahan
  • Pengesahan ape??
  • Result SPM
dia pon tengok la salinan tu..
  • Mane copnye?
  • Haa?? Nak cop ke??
  • Ye la.. kalau tak macam mane saya nak sain.. Pegi mintak kat bawah (Tingkat 1). Kenape x simpan sendiri je cop tu?!! Daaah menyusahkan org
aku pon turoooon balek.. Tingkat 1.
  • Encik, org tu nak cop.
  • Sape namenye??
  • Haa?? ntah.
  • Habis tu macam mane??
  • Tanye aku plak pahal!! Pike aa sendiri!! Errr.. x pe lah. Saya pegi naik tanye.
Tingkat 3..
  • Encik, name encik sape??
  • Aa.. Heh heh. Kamsah
  • ok, time kaseh
Tingkat 1..
  • Encik, name dia Kamsah
  • Ooo. Tunggu kejap lagi. Nak amek cop (dlm bilik belakang kaunter).
  • Tunggu lagi!! Da la td byk kali aku turun naik!! Nasib baik mak aku ikut yg first tu je. Mak aku pon geram. Aku je la yg turun naik! Ade la dlm 5 minit kitorg menunggu.. Baru org tu muncul dan teros cop kat salinan slip result spm aku.
Tingkat 3..
  • Encik, nah. org tu pon sain.. Lain kali photostat byk2.. Mne cukup tu.. Hahaha*ketawa org kaya
  • Tak tau la dia serius ke, perli.. sebab aku bagi 4 copy. hem. ok. hehehe. Time kaseh. :D
aku pon turon.. Baru selesai urusan aku!!

Saturday, January 9, 2010

Lalala.. Kerjalah

Ari ni aku start keje kat ofis.. Tapi rasenye bknla keje. Cume tgok2 n phm2kn company profile MOTAI CORPORATION SDN. BHD. *promote ckit. Mule2 tu pening gak. sijil tu la, sijil ni la.. Ye la, antara syarat/kriteria yg kene ade sblm menender. Pas tu bpk aku ltk nme aku dlm bhg. assistant administrator dlm carta organisasi. Ketua aku, mak cik Masnidar. Time tu pulak mmg tgh nak siapkan company profile utk projek kt uitm. Projek ape tah.

Da lps phm2kn company profile tu, aku check la kalo2 ade tersalah ejaan ke. Pas tu bg cdgn utk bg company profile tu nmpk menarik. Tp blom bg cdgn lg pon.. Mcm ok je..

Tuesday, December 1, 2009

keBUSYan

SPM lagi 2 subjek!! Physics & Chemistry. Cepaaaaaaaat la abis..
Hari Isnin ari tu (30/11/09) ade paper bio, tp aku study ckit2 je. sbbnye family aku ade wat kenduri doa selamat @ ari Sabtu (28/11/09) kat rumah baru @ KKB. Walaupun aku tolong ckit2 je, tp aku rse bz ssgt. Ye r, nak study lagi, kendurinye lagi.. da r last minute!! Mmg r aku dpt jwb, tp ntah betul ke tak ntah.

Tp yg pling pnt, time aku nak basuh baju. Aku dok kat KKB tu dari ari Khamis (26/11/09), lps tusyen Bio. saaaaampai ari Ahad. Esoknye r exam Bio tuh. Ari Sabtu Ahad tu aku rse rugi ssgt sbb x pegi tusyen Physics. Aku pon siap2 ckp kat mak aku, "Mak, Bio... tawakal je boleh x?? hehehe.." Then, mak aku cakap, "suke ati ngko lerh.." YAHOO!!! MAk aku bg green light!!

Pagi sabtu tu aku g tgok sembelihan lembu sbb ade bhgn bpk aku punye.

b4 knduri start, aku terpakse basuh baju. Bknnye pakai washing machine, tp pakai aku. aku yg jd mesin basuh!!
Dgn bijaknye, aku amek besen kolah air dri bilik mandi aku n isi air n masukkan je terus bju2 yg nak kene basuh dlm bekas tu. hehehe. aku suruh adik aku yg Amirah pijak2 je baju yg ade kat dlm tu. bijak an?? hehehe. Tp part yg nk kene bilas, perah, sidai tu r penat giler!! Bile aku da abes basuh, tambaaaah lagi dgn bju2 satu family aku. Aduyai...


Lps tu aku mandi n trus pakai bju kurung.. Ade org yg da dtg dah tgh ari tu. Kenduri start pukul 3pm. Aku g tgok2 kat dapur ape yg diorg tgh wat n then masuk bilik balik amek buku bio. Konon nak study Bio. Aku pun brcadang nk study kat tmpt yg aman. 1-1 tmpt yg aku te'pk kat bilik bwh tanah. Bile aku turun, la.. ade org rupenye. tgh ton2 tv. Lantak r, aku bce dlm bilik. Tp bile aku rse suasane bising, aku masuk bilik aku balik. Dpt r selak2 buku tu ckit, pas tu tetido. Ye r, cuace pun tgh romantik, mendung. Tambah lagi slps kepenatan aku mmbasuh baju. Nsib baik tido skjp je. ade r dlm 1/2 jam.. Kenduri berjalan lancar walaupun hujan...

Pagi ari Ahad, kitorg kemas2 & trus balik lebih kurang pukul 10am kot. Bpk aku balik ke kampung untuk anta atuk, opah, amirah, afiqah, husna (cousin), adilah & balqis. Sbb next week ade kenduri lagi.. cousin aku kawen.

Tak tau r aku nak g ke x. Next week exam Chemistry. Da r aku lemah dlm subjek tu. Sabtu Ahad tu ade tusyen kat uma Una. study Chemistry. Tp maybe aku akan g tusyen. Sorry ye Kak Emma.... sbb tak dpt dtg knduri kawen kak ema...

*Lps SPM ni maybe aku terus pindah..

Wednesday, November 11, 2009

cerita yg aku x smpt nk update

  1. 17/10/09~ Hari Deepavali. Kete rosak sebaik je my family n I baru habis mkn kt luar. Berat sgt kot..
  2. 22/10/09~ Dpt Jadual Waktu SPM 2009!
  3. 25/10/09~ Aliah & I warned by JPJ. Nasib baik tak kene saman.
  4. 30/10/09~ Hari Gemilang Saya
  5. 4/11/09~ Hari Graduasi
  6. 6/11/09~ Jamuan kecil2an 5N1
  7. 10/11/09~ Jamuan besar2an 5N1 kat Pizza Hut

SPM makin dekat.....

Tuesday, October 13, 2009

Kelas tambahan

Hahaha.. Hari ni aku ponteng lagi. Tapi ponteng kali ni untuk kebaikan.. Bukan macam minggu lepas, ponteng without any reasons. Aku ponteng hari ni sebab ade kelas tambahan yang 'dianjurkan' oleh Cikgu Den. Study subjek Kimia & Add Maths. Ramai lagi yang ponteng; Hanisah, Dayah, Fatihah, Dinie, Azwa, Aisah, Ain Suraya, Atikah Hanafiah, Ain Zainudin, Syafiqa & Husna, anak Cikgu Den sendiri.

Subjek Kimia belajar pasal colour of solution, thermochemistry (heat of neutralization).





Add Maths plak study pasal coordinate geometry. Nasib baik paham. Alhamdulillaaaah...


Kesimpulannya, ponteng lebih baik daripada pergi ke sekolah tanpa berbuat apa-apa disebabkan oleh PMR.. Cikgu2 kat sekolah pun malas n tak de mood nak mengajar sebab ramai murid2 tak de dalam kelas..


Kalau aku ke sekolah hari ni, mesti boring macam semalam!

Wednesday, October 7, 2009

Ponteng


hahaha. Hari ni aku ponteng...

Ok, tu je aku nak taip. Bye!!

Saturday, September 26, 2009

Kecurian!!

Balik dari rumah Mak Cik Zainon tu, aku tgok bilik parents aku n bilik aku bersepah gile!
Bilik parents:
Peti besi yg ade kat atas laci ni, lesap



Bilik aku:
Duit kertas dlm tabung adik aku je hilang, aku tak de pape yg hilang.. Alhamdulillah
Messy isn't it!!
Mule2 kitorg ingat peti besi & cheque bpk aku yg hilang, rupe2nye peti besi je.. Cheque tu ditemui semula dlm timbunan kain mase mak aku tgh kemas2. Duit dlm peti besi tu ade r dlm RM300-RM400, (utk duit raye & duit belanja sekolah), enset adik aku, & buku bank BSN Aliah & Amin. Pencuri tu ingat kitorang ni kaye sgt ke ha!! Ingat dlm peti tu ade beribu agaknye. hahaha.
How they did??
Palang besi tu pun diorang kebas!!

Kitorang bersyukur sgt sbb kitorang tak de pape. Nasib baik diorang masuk time kitorang tak de kat umah. Buatnye diorang masok bilik aku time kitorang ade kat umah.. Tak tau r ape diorang nak buat. Dah la aku kalau tido, tido mati!
Dgn adenye peristiwa ni, family aku x sbr2 nak pindah kat KKB!!