Showing posts with label persoalan. Show all posts
Showing posts with label persoalan. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

medical check up

setelah 3 hari aku ulang-alik dari Hospital Kuala Kubu Bharu yang tak berapa jauh dari rumah aku, siap jugaaaaak proses medical check up aku. Aku pergi hari Selasa, Khamis & Jumaat.

Selasa, 26 Julai 2011
2pm~4pm
aku pergi dengan mak & Adam. sejam kot aku kitorang tunggu kat depan bilik no. 8 tu. Then, barulah turn aku. Dia bagi 2 borang, utk urine test & x-ray. Dan 1 borang janjitemu dengan doktor pada hari Khamis, 28 Julai 2011, 2pm. Mak aku balik dulu. Ingatkan dah habis.

Urine Test

Aku masuk makmal, terus duduk. haha. Sepatutnya bagi borang utk urine test tadi.. Aku duduk selang 2 sebelah budak university-to-be mate aku. Depan aku, budak Batang Kali. Aku pelik, takkan la terus duduk kan? Aku tanya la budak tu, "Kena bagi borang ni ke?". He said, "Ha, ye la". "Oo. hehe" Lepas tu aku diberi bekas untuk menadah air kencing. Yeww! "Toilet kat sebelah," First time kot nak menadah urine ni. Geli-geleman teman! Nasib baik aku minum banyak air tadi. Tak de la teruk sangat urine tu. hehe. next;

X-ray

Aku duduk sebelah bakal pelajar UMS. Sebelahnya pulak, budak Batang Kali tadi. Aku tak tau pun nama diorang . haha. Kat tempat x-ray, tak de la lama sangat. Bagi borang, duduk kejap, then, diorang panggil. Aku ingat, nak x-ray ni kena half-naked. So, aku mintak2 lah yang meng'x-ray' aku ni perempuan. Rupa-rupanya, aku diberi satu bilik khas utk tukar baju dan baju khas disedikan dalam bilik tu untuk mengganti baju yang aku pakai.


Khamis, 28 Julai 2011
2pm~5pm





Aku datang pukul 2, pukul 3 baru turn aku. Check blood pressure, berat, tinggi. Lepas tu aku disuruh ke kaunter untuk ambil nombor. Nanti pandailah orang yang kat kaunter tu. After that, dia bagi nombor 76, kertas warna merah. "Pergi tunggu kat depan bilik no. 6" Aku pun cari la.. tak nampak pun bilik no. 6. Lepas tu aku tanye la sorang pak cik ni, lepas tu dia tunjukkan. Terima kasih pak cik! ekeleh.. Dekat je.. Memang patut la aku tak tau, bilik tu tak bernombor. Time aku tunggu, baru no. 58. Lepas sejam lebih, barulah no. 76 :). Jumpa doktor, dia tanya2lah aku, ada masalah kesihatan ke, alergi ke.. "Takde. Insya-Allah takde. hehe" Lepas tu dia suruh aku nganga.. blablabla.. At the same time, she filled in the form in UTeM booklet. Suddenly she said,
"adik tak check darah ye?"
"aik! ha'ah.. tapi masa saya nak derma darah dulu, saya berdarah B,"
"tak boleh dik, kita kena check kat sini jugak.. kalau macam tu adik kena datang lagi la esok, utk check darah,kalau tak saya tak boleh sign kat sini.. rumah kamu kat mana?"
"Padang Golf"
"mm. dekat jee.. k lah, esok datang lagi ye, pergi bilik 8. check darah dulu. Bawak x-ray sekali"
"ok"

manalah aku tau prosedur kat hospital tu macam mana.. wasting my time!

Jumaat, 29 Julai 2011
10am~11am.
Nampaknya tak ramai orang! Takde la aku duduk melangut macam orang bodo kat depan bilik 8 tu. Ade la dalam 20 minit kot. Lepas tu aku cerita lah hal semalam kat nurse tu.. Mula2 aku dapat nurse Melayu. Lepas tu ntah macam mana, dapat nurse India pulak. Better kot.. Yang nurse Melayu tu macam gatal pun ade, dia pergi kat pesakit lelaki. Ceh! Kemudian, darah aku pun disedut.. Takde la sakit mana pun.. Done.

Sementara nak tunggu result, aku duduk tercongok lagi depan bilik 8 tu. Tiba-tiba aku rasa tak berdaya, lemah, & berpeluh-peluh. Tapi aku tak rasa panas pun. Lagi sejuk ada lah. Teringat pulak masa Form 5. Aku pernah rasa situasi macam ni. Tak tau lah kenapa.. Tapi rasanya sebab senggugut kot. Aku longlai je, letak kepala atas meja, muka pucat, berpeluh-peluh. Atiqah la yg kate.. Aku tak pernah tengok muka aku pucat. Ada la dalam 5 minit aku rasa macam tu.. While waiting in the area, and at the same time I felt the pain, it's better for me to lean against the chair and take a nap. Lepas tu pulih la.. Aku tunggu result sampailah tinggal aku sorang je kat situ..

Then, pergi ke kaunter utk ambil no. giliran. aku cerita lah jugak kes aku ni, orang tu suruh tanya doktor tu dulu sama ada aku perlu ambil no. atau tidak. Aku pun pergilah jumpa doktor tu kat bilik no. 6.. Aku pun tanyalah. And the doctor said, "mm.. tak pe lah. meh sini saya check,"
Pergh! Aku tak payah tunggu giliran.. Sorry la kalau saya memotong barisan ye! hehe

Monday, July 11, 2011

3 iklan love stories in a day

huh??
ai, cinta lagi..
dalam hari ni je abah dah tengok 3 iklan yg ade perkataan 'cinta' kat belakangnye
Stanza Cinta

Tahajjud Cinta

 Lagi satu ape entah.. banyak betul cerite2 cinta.. kenapa ye?

Monday, April 25, 2011

23/4/2011. Memang tak ramai orang ke??

  • Pagi tu, jiran depan (Mak Cik Siti) pergi ke pasar pagi. Dalam pukul 10-11am, Mak Cik siti datang ke rumah, sembang2 dengan mak dan menceritakan perbualannya dengan peniaga pasar;
    Peniaga: Kak, orang belum dapat gaji ke kak?
    Mak Cik Siti: entahle. Akak tak kerja.. Hari2 akak dapat gaji :D. Kenapa??
    Peniaga: Tak de la, hari ni pasar macam tak de orang, tak ramai. Hari ni kan hari Sabtu..
    Mak Cik Siti: ha'ah ek.. Akak tak tau lah..


  • Malamnye pulak.. Aku, mak, abah & Adam pusing2 KL. Abah nak g jumpe Pak Cik Rodney. Tak tau la kat mane. Aku, mak & Adam time tu kat surau dalam bangunan Amcorp Mall. Lepas aku & mak selesai solat, kitorang jalan2 la kat dalam mall tu. Banyak betul kedai nak tutup. Baru pukul 8.15pm kot..
  • Time jalan2 tu, abah pun datang.. lepas tu sambung jalan lagi.. Sampai je depan kedai perabot & carpet milik warga timur tengah (tak tau la Pakistan ke, Iran ke, etc),tauke kedai tu ajak abah tengok2 perabot yg ade kat situ. Dia tunjuk 1 by 1. Smart gak. Kreatif betul diorg buat bende2 tu. Tapi bile tanye harge, beribu kot. Tapi dia cakap harga tu dah discount 70%. Tauke tu macam merayu sangat suruh bapak aku beli. Dia cakap hari tu tak de jualan. 1 pon tak. Aku tengok abah macam nak beli, tapi tu la.. Tak plan pun nak g situ. Kalau beli pon nak letak mane.. Buat semak je. Abah cakap, "maybe next time.."

Saturday, May 1, 2010

Where should i go??

Aku byk mintak jurusan yg ade pengiraan matematik *not add maths!!* ukur bahan, akaun, ukur tanah, kesetiausahaan, bisnes, lg ape tah

Yang dah dapat:

  1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh-Diploma Akauntansi *including practical
  2. UiTM, *tak tau kat mane. kalo jaoh, aku g poly je kot - Diploma Akauntansi

Yang confirm tak dpt, tapi aku buat rayuan:

  1. Of course la matrikulasi! Tapi kalau lepas ni aku dpt, aku tak pergi kot. Aku lebih prefer politeknik sebab ade orang cakap matrik ni macam Form 6, cume tak pakai uniform skola je. Pas tu nanti kene study balik macam kat skola dulu. Lagi 1, kalau nak continue ke universiti, pihak matrik yg akan tentukan jurusan ape yg kite patut amek nanti. So, renung2kan.. Dan selamat meramal!! :D

Yang aku apply suke2. Abah suruh utk test market. Kalau dpt pon ok gak. Ade peluang ke Jepun. Tapi masalahnye itu fulus laa..:

  1. UNITEN - tak ingat la aku apply ape.
  2. UNISEL:-
CHOICE OF COURSE PREFERED:
    1. DIPLOMA PERAKAUNAN
    2. DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
    3. DIPLOMA PENGURUSAN PENTADBIRAN

So, which one?? Tanye mak abah la dulu. Heh heh heh. Politeknik kot...

Wednesday, April 28, 2010

orang kerja kerajaan memang lembab ke??


Firstly, aku nk mintak maaf kpd sesape yg bekerja dalam sektor kerajaan ni. Aku rase x semua kot. Tapi ni la yg buat aku geram:

Hari Isnin (26/4/2010- a day after pilihan raya kecil Hulu Selangor *eee.. jalan dah tak jam!! :D) aku n mak pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kat pekan KKB. Aku g sane sebab nak mintak pengesahan drpd diorg psl salinan slip spm result.

Mule2 aku ke kaunter n tanye;
  • Kat sini boleh mintak pengesahan salinan result spm tak?
  • ermm.. boleh3. Jap. Tapi saya x taulah sape yg ade kat atas tu. Kamsah ke, Axxxxx ke.. Adek pergi la cari kat atas. kat tingkat 3.
Aku pon pegi la naik tingkat 3.. pas tu tanye la org2 kat situ yg mane org yg patot aku jumpe. Ha.. tu aa orgnye
  • ekeleh.. ni ke?? lembik je aku tengok. Tak buat pape pon. Duduk je. Tak semangat aku tengok muke dia tu. orgnye pon boleh tahan boroinye. hehehe
  • Encik, saya nak mintak pengesahan
  • Pengesahan ape??
  • Result SPM
dia pon tengok la salinan tu..
  • Mane copnye?
  • Haa?? Nak cop ke??
  • Ye la.. kalau tak macam mane saya nak sain.. Pegi mintak kat bawah (Tingkat 1). Kenape x simpan sendiri je cop tu?!! Daaah menyusahkan org
aku pon turoooon balek.. Tingkat 1.
  • Encik, org tu nak cop.
  • Sape namenye??
  • Haa?? ntah.
  • Habis tu macam mane??
  • Tanye aku plak pahal!! Pike aa sendiri!! Errr.. x pe lah. Saya pegi naik tanye.
Tingkat 3..
  • Encik, name encik sape??
  • Aa.. Heh heh. Kamsah
  • ok, time kaseh
Tingkat 1..
  • Encik, name dia Kamsah
  • Ooo. Tunggu kejap lagi. Nak amek cop (dlm bilik belakang kaunter).
  • Tunggu lagi!! Da la td byk kali aku turun naik!! Nasib baik mak aku ikut yg first tu je. Mak aku pon geram. Aku je la yg turun naik! Ade la dlm 5 minit kitorg menunggu.. Baru org tu muncul dan teros cop kat salinan slip result spm aku.
Tingkat 3..
  • Encik, nah. org tu pon sain.. Lain kali photostat byk2.. Mne cukup tu.. Hahaha*ketawa org kaya
  • Tak tau la dia serius ke, perli.. sebab aku bagi 4 copy. hem. ok. hehehe. Time kaseh. :D
aku pon turon.. Baru selesai urusan aku!!

Thursday, April 22, 2010

Politeknik

08/05/2010 - 09/06/2010 ~ Keputusan Permohonan ke Politeknik KPT Sesi Julai 2010 - Program Selain MRO,DKP dan Diploma Lanjutan di http://www.politeknik.edu.my/

17/4/2010 ~ Aku dpt call dari politeknik, tp aku tak de kat rumah. Aku pergi ke rumah jiran yang ade buat kenduri bersempena dgn kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Aku tak de la join sgt dlm politik-politik ni. belum cukup umur pun.. Tp aku g sane sbb ade tabemono (makanan) je... hehehe. Mak aku x masak, so dgn x malunye aku ke sana amek makanan & makan kat uma.. Tak de tmpt duduk. da la sumenye lelaki!

19/4/2010 ~ Aku ade dpt surat pra-twrn ke Politeknik Ungku Omar pada pagi Isnin lps. hahaha. Tempat abah study dlu. Nasib aku la.. Bidang akauntansi. Boleh la.. Asalkan ade kire2 mcm Maths. Kalo mcm add maths, mati aku!! Dlm surat tu, aku & parents kne g Kolej Komuniti Hulu Selangor kat Batang Kali pukul 9 pagi

21/4/2010 ~ Pukul 8.30++ kitorg (aku, mak, abah, balqis, adam)*balqis ponteng. bertolak ari uma. Bwk 2 kete. Mak bwk Serena sbb nk anta g repair air-cond. Pas tu g kedai tayar sbb tayar Hilux kempis. Bile check, xde pape pon. Pukul 9am bru gerak ke Batang Kali.
Whoa! Ramainye.. Aku pon g tmpt registration. Ade la dlm 400 lebih nama kat dlm kertas tu. Nme aku yg ke 3xx kot. Tp yg dtg 230 org je. Punye lme tunggu. 11.30am baru name aku dipanggil naik ke pentas, amek surat tawaran. Ingatkan nak terus balik, tp lunch sudah sedia terhidang di laluan kitorg. Makan dulu!! Time tgh sdp2 aku mkn, ade org nak mintak sain. Huhu. Ade jugak org nak mintak sain ye??! Sbnrnye time aku tunggu giliran amek surat twrn pon ade jgk yg mintak sain, tp kitorg tak layan.

Tp time mkn tu, bpk aku lps geram kat org yg mintak2 sain tu. Mcm berdebat kot. Diorg sbnrnye nak mintak isi borang "1 juta tandatangan dlm masa 9o hari". Tujuannye menyokong cadangan kerajaan yg memberi cuti 90 hari kpd wanita slps bersalin dgn gaji yg tetap berjalan seperti biasa. Bpk aku mestila tak nak sain, sbb bpk aku berniaga.

  • Abah: Kalau saya ade dua org pekerja perempuan, lepas tu 2-2 mintak cuti bersalin. Gaji diorg tetap jalan, saya pulak kene cari pekerja lain utk ganti diorg pulak. Semua gaji diorg saya yg tanggung bang. Abes, saya nak makan ape nanti?? Saya berniaga saya taulah..
  • Mr. X: Tp kite kene hargai diorang ni.. nk lahirkan anak, susah bang. terseksa..
  • Abah: Abes tu ape gunenye lelaki?? tu yg ramai2 tu. Diorg buat ape?? Harap duit bini je. hahaha*ketawa kecil
  • Mr. X: Ye la, abang pon tau sendiri kat pjbt2 krjaan ramai yg pompuan. Kat IPTA pun same bang..
  • Abah: Abes tu! Didikla diorang.. Kerajaan kenela berubah.. Tu yg merempit kat luar tu. Ajarla diorg. Ni tak. Tak habis2 dgn masalah politik. Budak2 skrg pon ramai yg terbiar. Masalah sosial la, buang anak la..
*byk lg sbnrnye, tp aku x ingat. Last2;
  • Mr. X: tak pe bang. kalau abang tak nak tak pe. Dlm 1 juta org, ni baru pertama kali saya jumpa org mcm abang.*puji ke perli aku x tau la. puji kot
*Mr. X pon bla.... pas tu bpk aku ckp kat aku;
  • Abah: Ingat sume org Malaysia ni same ke??*ketawa sinis. Ingat sume org Malaysia ni bodo ke?? Sblm ni kerajaan x mintak persetujuan dari kita pun. Main redah je. Ni baru nak mintak persetujuan la, tanda tangan la... Org nak berkempen la katekan..