Showing posts with label after spm. Show all posts
Showing posts with label after spm. Show all posts

Friday, April 22, 2011

aktiviti harian selepas spm bermula lagi

Goodbye Kolej Matrikulasi Melaka...

Kat rumah buat ape je??


  • online

  • tengok/tonton tv

  • makan

  • tido

  • tolong mak kat dapur; selalunya basuh pinggan yg melambak.. bile nak belajar masaknye??

  • kemas rumah.. *kemas ke?? kemasla jugak, walaupun sekejap

  • sapu sampah.. *bersih ke??

  • basuh baju. selalunye time aku mengemas mak aku dah basuh dulu..

  • Amin suruh aku ajar dia math & add math, tp aku tak ajar2 lagi.. hehehe

  • oh. ya! aku nak renew lesen L & nak amek lesen P (belajar semula pandu kereta)

Mungkin aku akan menghadirkan diri ke Kelas Bahasa Inggeris..

Friday, July 23, 2010

Kolej Matrikulasi Melaka


Hahaha. Agak kelakarlah jugak. Before this, I published a post with a title 'confirmed!!', yg mengatakan bahawa aku akan ke Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh. Siap listing lagi! Tapi, sekarang secara rasminya aku telah menjadi pelajar jurusan Akauntansi KOLEJ MATRIKULASI MELAKA (KMM) bermula 2 Jun 2010. Kenapa? Sebab fast-track. Posting yg lepas tu aku ingatkan aku akan dapat yg 2 tahun punya.. Rupa-rupanya aku dapat Program Satu Tahun untuk panggilan kedua/second intake.

Sebelum aku masuk KMM, aku cakap dulu kat abah,
Aku: Abah, kalau agak2 Aishah tak tahan dok sini, Aishah keluar g politeknik ye.
Abah: Suke haaaaatilah. Aishah yang nak belajar, bukan abah.

Time hari pendaftaran tu, aku agak tak suke dengan kawasan Londang a.k.a LONDON GEE ni. Macam kawasan pedalaman. Berbukit bukau. Line pun tak clear. Kejap ade, kejap tak de.
Lebih kurang pukul 1.00pm++, aku & abah tiba di pondok pegawal keselamatan KMM. Tapi, we had a lunch first at a warung located across the road sebab office tengah rehat.

After that, kami ke Pusat Perkidmatan Pelajar (PPP) untuk mengambil & mengisi surat perjanjian. Boleh pulak aku salah isi borang! Ade sorang budak perempuan (aku tak ingat nama & rupa dia) yang ade berhampiran pun salah isi, sebab dia tanya aku yg last page tu pun nak kene isi ke? Dengan confident aku mengeyakan, sebab aku pun isi page tu. hehehe. Sorry... Nasib baik budak tu ok je. Kitorang pun amek borang yg baru & lengkapkan semula borang tersebut. Time tu dah pukul 3.30++ kot.

Pas tu, kitorang naik ke unit kimia utk mendapatkan tandatangan pensyarah. Hey, aku amek akaun la.. apsal g unit kimia?? Sebab unit tu paling dekat. Waktu pejabat pun dah nak habis. PPP cakap, unit tutup pukul 4.15pm. Punya la pemalas lecturer2 kat situ bile kitorang mintak sain. Diorang just sain je. Full name & address diorang, kitorang yang kene isi. Aku tengok diorang tak de la busy sangat. Tengah dok borak2 je kot. Cikgu2 mude memang cam tu kot.

Pas tu, kitorang ke bilik pendaftaran online, iaitu di Bilik Banquet (dewan kuliah aku, A3). Hantar borang, amek beg KMM yg berisi sarung bantal & cadar, tudung, serta 2 helai baju KMM berwarna hijau & biru masing2. Pas tu amek kunci bilik. A5.1.12. Alaa.. ingatkan dapat sebilik dgn budak pompuan tadi. Rupanya bilik yang aku dapat tu memang dah ditetapkan secara online. "Tak pe la dik, bilik bawah sekali," "YES!!" Aku suke sebab kat KMM tu ade banyak gile tangga. Macam tangga Batu Caves pun ade.

Tapi sekarang, maybe aku dah selesa kat sini.

Kawan2, pensyarah2 (except pensyarah tutoran akaun-sorry Cikgu SH) semua ok, sporting, bersungguh-sungguh.. Yang paling aku nampak kesungguhannya, pensyarah kuliah akaun; En. Saiful Nazri a.k.a. Cikgu Cute. Siap buat kelas tambahan almost every early morning (7.30am~8.00am) untuk budak2 yang tak de basic akaun. Tapi, markah setiap kuiz aku still setakat 'memuaskan'. Tu la, sape suruh relax2.. :D Bile aku tengok cikgu tu, teringat aku kepada cikgu sains sekolah rendah; Cikgu Abas. Style diorang macam lebih kurang same je.

My roommates:
  1. Ainee, sains fizikal
  2. Hanisah, akaun (dah pindah ke Politeknik Merlimau. Kalau x pindah, dia selalu mesti dengan aku. 1 kuliah, 1 praktikum, 1 group, & 1 bilik)
  3. Yasmin, akaun (1 kuliah, 1 praktikum, 1 group Pend. Islam)

My classmates (A3P3):
  1. Azreen (leader)
  2. Zehar
  3. Reza
  4. Allif
  5. Mizi
  6. Rusdi
  7. Rafie
  8. Fatin (pen. leader)
  9. Yasmin
  10. Azrin
  11. Mieza
  12. Amirah
  13. Madi
  14. Hidayah
  15. Fazieda
  16. Rabiah
  17. Laila
  18. me ;)

NOW I REALISED THAT KMM IS THE BEST STUDENT LIFE EVER

MISS EM ALL!!! - 24/06/2015

Friday, May 28, 2010

Dizzy + Fever + Flu + sakit tekak


Dah lame aku tak demam. Nak cakap pon susah. Macam nak garu2 je tekak ni.

Tetibe plak demam ari ni. Jadi, aku online dan tonton tv untuk sentiasa duduk dan mengelakkan diri drpd berbaring *takut kalau demam aku lambat baik. Lagi pun parents aku balik kampung.. Tak tau ape nak buat.


Maybe I'm thinking too much about my problems


  1. Aku tak tau lagi nak further study kat mane. Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) ke, Politeknik Premier Ungku Omar (PPUO) ke.. Aku dah decide dah nak pegi PPUO, tp semalam abah call, ade surat matrik sampai kat office. Program Satu Tahun (PST). Ingatkan dpt yg 2 tahun kalau panggilan ke-2. So, my parents and I delete lah pilihan utk ke matrik. Tp bile kitorg dah tau dpt PST, abah menggalakkan aku ke matrik. Tp mak mcm keberatan. Haish.. Ingatkan da abes da masalah ni..

  2. Test JPJ aku di delay kan dr 26/5/2010 kpd 9/6/2010. Kalau aku buat pilihan utk ke matrik, mcm mane nak amek lesen?? 3/6 dah masuk KMM, PPUO plak 22/6

Wednesday, May 26, 2010

Ins. Memandu PS Samy はとてもばかですよ!


Maksudnya: Ins. Memandu PS Samy is very stupid!

Pukul 8.15am aku datang, bagi IC & Lesen L. Ramai gile. Pas tu aku tunggu la nama aku dipanggil.. Aku yg datang dulu, tapi nama orang yg datang lambat drpd aku dipanggil dulu.

Sampailah pukul 10.45am. Aku dah hilang sabar, terus ke kaunter dengan seorang kakak yg aku tak tau namanya. Kakak tu pun senasib dengan aku. Namanya dibatalkan oleh seseorang melalui telefon.

Aku pun cakaplah dgn org yg ade kat kaunter tu;

-Kak, lamenye..
-Jap ye dik.
-Borang saya ade ke tak?? *aku tanye pasal borang tu sebab 15 min lepas aku bagi IC & Lesen L, diorang tengah nak cari borang aku. Bukak fail itula, inila..
-Ade ni. *kat bahagian belakang
-Pukul berapa akak nak panggil??
-Adik punye sesi kedua.. So, mungkin dalam pukul 12.00 tgh hari nanti adik boleh datang sini balik. Adik dok kat padang golf kan? Lesen dengan IC ni nak tinggal sini dulu ke, adik nak bawak balik?
-Tak pe la. Saya tunggu sini je la. *dah nak pukul 12 pon..
Aku pun duduk balik. Nasib baik kosong lagi. Dah la ramai kat kaunter tu. Kecik pulak tu tempatnye..! (-_-)

Pukul 11.45am tu aku da rase kehausan dah. Aku pon ajak la kakak yg senasib dengan aku yang duduk bersebelahan untuk rehat di kantin berdekatan. Aku beli Milo Ais. Kakak tu ajak aku makan, tapi aku tak nak. Dah nak pukul 12 an. "Tak pe la, kakak belanja," Tapi aku tetap tak nak sebab aku cume haus je kot.. Lagi pon, lauknye tak appetizing. hehehe.
Time aku nak bayar milo ais, "Eh, takpe2 akak bayarkan, sekali la dgn akak"
Aku da hulur duit dah kat tauke tu, tapi dia amek duit yg akak tu punye dake (only). Taula akak tu bagi 50, aku bagi 2 hinggit je.. But, it's ok. Doumo arigatou gozaimasu!

Dalam pukul 12 kitorang ke kaunter. Kat luar la. Dalam tu da penuh.
5 minutes later, akak kaunter approached us, and asked;

-Cik XXXina ke?
-angguk
-Yang ni, Cik Nuraishah?
-Ha'ah
-Ha, sini masuk dalam

Kitorang pon masuk ke dalam untuk ke kaunter.

untuk unknown name akak:

-dik,kitorg mintak maaaaaaap sangat sebab adik punya test bukan hari ni, sebab nama adik kitorang dah cancelkan sebab ade orang call mintak nama adik dibatalkan. Kitorang pon tak tau sape yg call tu. 9/6 boleh datang tak?
-tak taula saya dapat cuti ke tak, saya keje..
- Kitorang mintak maap sgt ye. So, kitorg bagi balik RM50 *pampasan la kot.
-tengokla nanti macam mane..


kakak tu pon keluar.. tiba pulak giliran aku
-Saya pulak kenapa kak?
-Sorry ye dik, adik punye test pon bukan hari ni..
-Kenape plak?
-Kitorang tak booking nama adik.. Minta maap sesangat. 9/6 boleh??
-Saya rase mase tu saya balik kampung.
-kalau 23/6?
-Lagilah tak boleh..
-Kenapa? Adik ade masuk mane2 kolej ke??
-Ha'ah
-Berapa haribulan?
-22/6
-Kalau macam tu 9/6 la.
-terpakse la.
-Ok, ni akak tukar tarikh test jpj adik, 9/6 ye.. Dan ini, RM50

nak je aku cakap, "50 hengget je?" Penat penat aku tunggu macam orang bodo, buang mase.. Diorg bagi RM50 je! Masa itu emas tau tak? Bagila lebih sikit, boleh la masuk satu kelas sebelum hari test tuh.. RM100 ke.. Tapi ramai gile kot yg tgh tengok aku, tak jadi aku cakap cam tu. Segan I!


-Kalau lupe macam mane? Ade kelas lagi ke?
-Tu akak tak tau la dik, maap ye

So, aku balikla. Nak call, kredit expired je memanjang. Nasib baik akak yg baik hati tu ade. Aku pon call la rumah..

-Mak, ambik
-Haa. Da habis ke? Da lulus?
-Tak buat pape pon, diorng tak booking nama Aishah
-Apsal pulak?
-Nanti la Aishah cite

Aku pon tunggu mak aku di bawah pokok.. Pas tu ade cikgu yg mengajar aku bawak kete nampak aku.

-Macam mane? ok?
-bla.. bla.. bla..
-Ape lah diorg ni! Tak cekap!
-alah, tempat dia keje jugak..
-Kalau saye lupe nanti macam mane?
-Tak pe la. sehari atau 2 hari sebelum test tu datang la sini. Saya ajar
-Free??
-Ye la. Nanti saya bagi kete sebijik
-kete ps samy, bkn kete pak cik. :)

nampak abah*ingatkan mak yg ambik* da sampai, aku pon bla. Bapak aku pon macam bengang je lepas dengar cite aku nih

Tuesday, May 18, 2010

CIDB


Sabtu, 15 Mei 2010- Aku ke KL dgn abah utk menghadiri ke kursus Kad Hijau yg dianjurkan oleh CIDB atau nama penuh dlm BM: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Actually abah nak renew something*tak taula ape. Tp bende yg berkaitan dgn CIDB la. Kalau nak renew bende tuh, kene ade mata (markah) dulu. So, sape2 yg dtg pd ari Sabtu tu dpt 8 mata. Abah nak 40 mata kot. Aku dpt 8 mata, abah 8, Pn Masnidar 8, En Rodney 16*dia dah pergi ke kursus supervisor 2 weeks before. Cukup la 40 mata an??

Kursus tu start 8.30am (pendaftaran), tapi kitorg dtg pukul 9am. Biasela.. Aku masuk dulu, tgok name aku dgn abah kat semua pintu bilik syarahan sementara abah mencari tempat parking. Semua sekali ade 4 kelas. Bilik syarahan 1: tak de. Bilik syarahan 2: tak de. Bilik syarahan 3: Haa!! ade! Aku dgn abah masuk, kursus tu baru nak start. Nasib baik!! Masuk je bilik syarahan tu... pergh!! Ramai gila kaum lelaki. Org perempuan boleh dikira dlm 5-6 org je kot drpd 40 org dlm kelas tu.

Dari pukul 9am++ sampai 4.00pm tu kire bosan la jugak kalau asyik dok dengaaar je org tu bersyarah. Nasib baik org tu klako. Pas tu dia selit2 la jugak video2 yg kelakar, tp berpengajaran dlm presentation dia. Aku rase dia bersyarah pasal keselamatan di tapak binaan je kot. Pas tu dia tunjuk gambar2 n video2 kmlgn di tapak binaan. ngeri kot.. eeee

Lagi 1, sape2 yang tak de kad hijau tu x boleh masuk ke tapak binaan, ok!
Mereka juga akan terus dapat insuran. Kalau sakit, boleh claim. Tak kire la dlm waktu bekerja atau bukan.

Attention!!
  • CIDB mengadakan kursus-kursus yg berkaitan dgn industri negara secara percuma. Tiada bayaran dikenakan kpd peserta. Diorg siap bg elaun lagi. Kalau ade asrama, makan minum: diorang bagi RM500/month. Kalau tanpa asrama, makan minum: diorang bagi RM1000/month.
  • Kpd budak2 lepasan SPM yg dah malas nak belajar tu*especially lelaki, masuk la progam latihan kemahiran ni ye.
  • Maklumat lanjut sila layari http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/763
#Senarai kursus yang ditawarkan bagi Program Latihan Kemahiran CIDB bagi Belia dan Personel Binaan

#Brosur:

Monday, May 10, 2010

confirmed!!

Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh. I'm coming!!
Daftar: 22 Jun 2010.
Bye2 budak2 ipta.. Korang lambat lagi..
Ramai yg suruh aku masuk UiTM drpd Politeknik *berdasarkan pertanyaan aku kpd saudara mara yg hadir dlm satu majlis perkahwinan di Cheras*. Tapi aku rase aku naaaaak sgt ke politeknik. do you know why??


  1. Politeknik tersebut merupakan antara yg sudah lama diwujudkan dan the best kot. Jadi, mereka mempunyai lebih byk pengalaman, pengetahuan dan mempunyai lebih ramai pelajar disebabkan bidang yg ditawarkan di situ lebih banyak berbanding UiTM di Segamat *meriahla sikit. So, politeknik ni dah stabil la kot. Insya-Allah..
  2. Politeknik itu juga terletak di kawasan yg strategik. Kawasan pekan la lbih kurg.. Aku tgok yg UiTM Segamat tu macam dikelilingi hutaaan je. Da la aku dah memang tinggal kat kawasan hutan. Tak kan belajar pon kat hutan jugak an??
  3. Mempunyai practical yang lebih lama drpd UiTM. 6 bulan kot
  4. Politeknik itu terletak di Ipoh. Ipoh adalah di Perak. Dan Perak adalah tempat kelahiran aku..
  5. Ipoh juga merupakan kawasan bandar. Dengan itu, bolehlah saya meluangkan masa bersiar-siar/berjalan-jalan/membeli-belah di mana-mana shopping complex atau kawasan pelancongan berhampiran
  6. Lokasi politeknik tersebut berhampiran dgn KTM *x la dkt sgt, kene naik takushi(taxi) jugak. kata abah. Oleh itu, ia dpt memudahkan aku untuk pergi dan balik ke KKB. Tempat tinggal aku la tu. So, aku dpt meringankan beban diorg utk hantar & ambik aku.
  7. Ipoh dekat dgn tempat Atin belajar. Matrikulasi Gopeng. Heh heh heh. Ade jugaaak geng aku kat sini. Kat Johor tu, sape yg ade..

Monday, May 3, 2010

UiTM Segamat, Johor

Dalam pukul 3pm tadi, baru je aku bukak web upu. Nak tengok UiTM mane yg aku dpt.
____________________________________
SURAT TAWARAN


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (AC110)

Sepenuh Masa

DIPLOMA PERAKAUNAN


Kampus: J - UiTM Kampus Segamat


Semester: JULAI 2010

Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat:

UITM KAMPUS SEGAMAT
85009 SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM

Tarikh: 26/6/2010

Masa: 8:30AM - 4:30PM


Kemudahan dan Bayaran

Anda dikenakan bayaran yuran pengajian satu semester, SILA RUJUK BIL BAYARAN untuk membiayai pengajian anda di UiTM

Kemudahan kolej kediaman : DISEDIAKAN

PENTING

  1. Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak akan dilayan.
  2. Anda dikehendaki mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut.
  3. Sila bawa sijil-sijil asal dan salinan SEMASA MENDAFTAR. [Senarai Semakan & Borang-borang Pelajar Baru]
  4. Anda dikehendaki membuat pengesahan penerimaan / penolakan tawaran dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan melalui laman web di http://istudent.uitm.edu.my/intake .
  5. Calon hanya diterima sebagai pelajar UiTM setelah datang mendaftar, membayar yuran pengajian serta memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh UiTM.

___________________________________________

Johor?? Tak nak aku! Kalau neesa yg dpt kat situ bole la, sbb kampung dia kat situ.
So... pegi Politeknik Ungku Omar le gamoknye (agaknye).. *loghat perak

Saturday, May 1, 2010

Where should i go??

Aku byk mintak jurusan yg ade pengiraan matematik *not add maths!!* ukur bahan, akaun, ukur tanah, kesetiausahaan, bisnes, lg ape tah

Yang dah dapat:

  1. Politeknik Ungku Omar, Ipoh-Diploma Akauntansi *including practical
  2. UiTM, *tak tau kat mane. kalo jaoh, aku g poly je kot - Diploma Akauntansi

Yang confirm tak dpt, tapi aku buat rayuan:

  1. Of course la matrikulasi! Tapi kalau lepas ni aku dpt, aku tak pergi kot. Aku lebih prefer politeknik sebab ade orang cakap matrik ni macam Form 6, cume tak pakai uniform skola je. Pas tu nanti kene study balik macam kat skola dulu. Lagi 1, kalau nak continue ke universiti, pihak matrik yg akan tentukan jurusan ape yg kite patut amek nanti. So, renung2kan.. Dan selamat meramal!! :D

Yang aku apply suke2. Abah suruh utk test market. Kalau dpt pon ok gak. Ade peluang ke Jepun. Tapi masalahnye itu fulus laa..:

  1. UNITEN - tak ingat la aku apply ape.
  2. UNISEL:-
CHOICE OF COURSE PREFERED:
    1. DIPLOMA PERAKAUNAN
    2. DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
    3. DIPLOMA PENGURUSAN PENTADBIRAN

So, which one?? Tanye mak abah la dulu. Heh heh heh. Politeknik kot...

kesesakan laman web upu

Dari pukul 10.00pm aku dok menaip no IC aku. Asyik keluar bende ni je: 502 Bad Gateway nginx. Tapi aku online facebook sekali. Last2, aku terbace status Suhailah (AJL member). Ade 2 link utk check upu yg aku jumpe kat komen dia.

Kalau korang nak official site punye, klik la gambar di bawah:
https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=09

Dan akhirnya pada jam 1.20am aku berjaya mendapat result melalui official site ni..

Kalau link kat atas tu tak boleh jalan *macam aku, try la klik link yg kat bawah ni pulak..


http://www.jpt.uum.edu.my/webjpt/keputusankeipta.php?target=1

Dan, bende ni yg keluar kat aku punye result pada jam 12.30am


Yahoooo!!! Aku ingatkan tak dapat tau. Sebab time aku pegi amek surat tawaran politeknik aku tanye la orang yg ade kat bhg. pendaftaran "Kak, misal kata kalau saya ada dpt tawaran/tempat yg lagi bagus drpd politeknik, macam upu ke.. macam mane??" Kakak tu pon jawab,"Kalau upu dgn politeknik tu dalam satu nama je dik, sebab 2-2 tu under kerajaan. Kalau dpt politeknik, politeknik je la. kalau upu, upu je la.." 0o0...

Tp kenapa aku dapaat je?? Orang tu yang silap ke, memang aku bernasib baik?? Tapi alhamdulillah, dgn result spm 2009 aku yg tak berapa tu boleh pulak aku berjaya ditawarkan ke universiti. Alhamdulillah...

Wednesday, April 28, 2010

orang kerja kerajaan memang lembab ke??


Firstly, aku nk mintak maaf kpd sesape yg bekerja dalam sektor kerajaan ni. Aku rase x semua kot. Tapi ni la yg buat aku geram:

Hari Isnin (26/4/2010- a day after pilihan raya kecil Hulu Selangor *eee.. jalan dah tak jam!! :D) aku n mak pergi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kat pekan KKB. Aku g sane sebab nak mintak pengesahan drpd diorg psl salinan slip spm result.

Mule2 aku ke kaunter n tanye;
  • Kat sini boleh mintak pengesahan salinan result spm tak?
  • ermm.. boleh3. Jap. Tapi saya x taulah sape yg ade kat atas tu. Kamsah ke, Axxxxx ke.. Adek pergi la cari kat atas. kat tingkat 3.
Aku pon pegi la naik tingkat 3.. pas tu tanye la org2 kat situ yg mane org yg patot aku jumpe. Ha.. tu aa orgnye
  • ekeleh.. ni ke?? lembik je aku tengok. Tak buat pape pon. Duduk je. Tak semangat aku tengok muke dia tu. orgnye pon boleh tahan boroinye. hehehe
  • Encik, saya nak mintak pengesahan
  • Pengesahan ape??
  • Result SPM
dia pon tengok la salinan tu..
  • Mane copnye?
  • Haa?? Nak cop ke??
  • Ye la.. kalau tak macam mane saya nak sain.. Pegi mintak kat bawah (Tingkat 1). Kenape x simpan sendiri je cop tu?!! Daaah menyusahkan org
aku pon turoooon balek.. Tingkat 1.
  • Encik, org tu nak cop.
  • Sape namenye??
  • Haa?? ntah.
  • Habis tu macam mane??
  • Tanye aku plak pahal!! Pike aa sendiri!! Errr.. x pe lah. Saya pegi naik tanye.
Tingkat 3..
  • Encik, name encik sape??
  • Aa.. Heh heh. Kamsah
  • ok, time kaseh
Tingkat 1..
  • Encik, name dia Kamsah
  • Ooo. Tunggu kejap lagi. Nak amek cop (dlm bilik belakang kaunter).
  • Tunggu lagi!! Da la td byk kali aku turun naik!! Nasib baik mak aku ikut yg first tu je. Mak aku pon geram. Aku je la yg turun naik! Ade la dlm 5 minit kitorg menunggu.. Baru org tu muncul dan teros cop kat salinan slip result spm aku.
Tingkat 3..
  • Encik, nah. org tu pon sain.. Lain kali photostat byk2.. Mne cukup tu.. Hahaha*ketawa org kaya
  • Tak tau la dia serius ke, perli.. sebab aku bagi 4 copy. hem. ok. hehehe. Time kaseh. :D
aku pon turon.. Baru selesai urusan aku!!

Thursday, April 22, 2010

Politeknik

08/05/2010 - 09/06/2010 ~ Keputusan Permohonan ke Politeknik KPT Sesi Julai 2010 - Program Selain MRO,DKP dan Diploma Lanjutan di http://www.politeknik.edu.my/

17/4/2010 ~ Aku dpt call dari politeknik, tp aku tak de kat rumah. Aku pergi ke rumah jiran yang ade buat kenduri bersempena dgn kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Aku tak de la join sgt dlm politik-politik ni. belum cukup umur pun.. Tp aku g sane sbb ade tabemono (makanan) je... hehehe. Mak aku x masak, so dgn x malunye aku ke sana amek makanan & makan kat uma.. Tak de tmpt duduk. da la sumenye lelaki!

19/4/2010 ~ Aku ade dpt surat pra-twrn ke Politeknik Ungku Omar pada pagi Isnin lps. hahaha. Tempat abah study dlu. Nasib aku la.. Bidang akauntansi. Boleh la.. Asalkan ade kire2 mcm Maths. Kalo mcm add maths, mati aku!! Dlm surat tu, aku & parents kne g Kolej Komuniti Hulu Selangor kat Batang Kali pukul 9 pagi

21/4/2010 ~ Pukul 8.30++ kitorg (aku, mak, abah, balqis, adam)*balqis ponteng. bertolak ari uma. Bwk 2 kete. Mak bwk Serena sbb nk anta g repair air-cond. Pas tu g kedai tayar sbb tayar Hilux kempis. Bile check, xde pape pon. Pukul 9am bru gerak ke Batang Kali.
Whoa! Ramainye.. Aku pon g tmpt registration. Ade la dlm 400 lebih nama kat dlm kertas tu. Nme aku yg ke 3xx kot. Tp yg dtg 230 org je. Punye lme tunggu. 11.30am baru name aku dipanggil naik ke pentas, amek surat tawaran. Ingatkan nak terus balik, tp lunch sudah sedia terhidang di laluan kitorg. Makan dulu!! Time tgh sdp2 aku mkn, ade org nak mintak sain. Huhu. Ade jugak org nak mintak sain ye??! Sbnrnye time aku tunggu giliran amek surat twrn pon ade jgk yg mintak sain, tp kitorg tak layan.

Tp time mkn tu, bpk aku lps geram kat org yg mintak2 sain tu. Mcm berdebat kot. Diorg sbnrnye nak mintak isi borang "1 juta tandatangan dlm masa 9o hari". Tujuannye menyokong cadangan kerajaan yg memberi cuti 90 hari kpd wanita slps bersalin dgn gaji yg tetap berjalan seperti biasa. Bpk aku mestila tak nak sain, sbb bpk aku berniaga.

  • Abah: Kalau saya ade dua org pekerja perempuan, lepas tu 2-2 mintak cuti bersalin. Gaji diorg tetap jalan, saya pulak kene cari pekerja lain utk ganti diorg pulak. Semua gaji diorg saya yg tanggung bang. Abes, saya nak makan ape nanti?? Saya berniaga saya taulah..
  • Mr. X: Tp kite kene hargai diorang ni.. nk lahirkan anak, susah bang. terseksa..
  • Abah: Abes tu ape gunenye lelaki?? tu yg ramai2 tu. Diorg buat ape?? Harap duit bini je. hahaha*ketawa kecil
  • Mr. X: Ye la, abang pon tau sendiri kat pjbt2 krjaan ramai yg pompuan. Kat IPTA pun same bang..
  • Abah: Abes tu! Didikla diorang.. Kerajaan kenela berubah.. Tu yg merempit kat luar tu. Ajarla diorg. Ni tak. Tak habis2 dgn masalah politik. Budak2 skrg pon ramai yg terbiar. Masalah sosial la, buang anak la..
*byk lg sbnrnye, tp aku x ingat. Last2;
  • Mr. X: tak pe bang. kalau abang tak nak tak pe. Dlm 1 juta org, ni baru pertama kali saya jumpa org mcm abang.*puji ke perli aku x tau la. puji kot
*Mr. X pon bla.... pas tu bpk aku ckp kat aku;
  • Abah: Ingat sume org Malaysia ni same ke??*ketawa sinis. Ingat sume org Malaysia ni bodo ke?? Sblm ni kerajaan x mintak persetujuan dari kita pun. Main redah je. Ni baru nak mintak persetujuan la, tanda tangan la... Org nak berkempen la katekan..

Saturday, April 17, 2010

Went to Klang

  • aku g Klang dgn abah, mak, adilah, balqis, & adam.

  • da lame aku x ke sane.
  • aku bwk laptop & broadband skali. Sbb nk cek matrik.

  • aku on9 dlm kete. sekali x dpt (=_=).. aku buat rayuan
  • mak aku la yg beriya nak g sbb nk cari baju kurung yg still ade kt dlm stor rumah lme.

  • Tp kitorg g office dlu sbb da lame abah x g opis. ade la dlm seminggu. Asyik g kebun je.
  • sambil tggu abah meeting, aku on9 aa. He3
  • pastu g mkn kat nlk dlm pukal 3pm. Aku nmpk la ade org tgh amek order customer kat c2. mcm atin je. bile dia toleh, wow!! betol la! tp aku duduk dulu. x nk kacau org wat keje. 5 ke 10 min lps tu baru dia dtg jmpe aku. tnye kabar, tnye psl matrik, tnye sama ada aku g jaya jusco ke x.. dll. Lme x jmpe geng. sambil borak2 tu dia asyik cuit telinga aku je. ko x berubah la atin.. hahaha
  • pas mkn2 tu baru g uma lme.. punggah2 la ape yg ade dlm stor tu. x lme pas tu jmpe jgk la baju2 yg still elok..
  • pas tu beli printer kat kapar. yg lme da rosak.
  • disebabkan kitorg lme kat kedai printer tu(sampai 6.30 kot), terpakse la rehat2 jap kat office. rumah lme da disewa. sedih uh.. byk kngn aku kat uma lme tuh.
  • kat office aku wat solat qasar maghrib+isyak.
  • pas tu g pasar jawe n mkn lontong klang *kat kkb xde lontong klang :D
  • sorekara(then), baru kitorg kaerimasu(balik uma)
  • Saturday, January 9, 2010

    Lalala.. Kerjalah

    Ari ni aku start keje kat ofis.. Tapi rasenye bknla keje. Cume tgok2 n phm2kn company profile MOTAI CORPORATION SDN. BHD. *promote ckit. Mule2 tu pening gak. sijil tu la, sijil ni la.. Ye la, antara syarat/kriteria yg kene ade sblm menender. Pas tu bpk aku ltk nme aku dlm bhg. assistant administrator dlm carta organisasi. Ketua aku, mak cik Masnidar. Time tu pulak mmg tgh nak siapkan company profile utk projek kt uitm. Projek ape tah.

    Da lps phm2kn company profile tu, aku check la kalo2 ade tersalah ejaan ke. Pas tu bg cdgn utk bg company profile tu nmpk menarik. Tp blom bg cdgn lg pon.. Mcm ok je..

    Friday, December 25, 2009

    Bye Bye..

    Hari ni aku da stay kat Kuala Kubu. Bye2 kawan2 skola, rumah Sg Serdang, Kapar, Klang, ,.. Esok (Ahad) aku g sane blek kot sbb ade kenduri kawen kat umah Tok Alang aku @ Klang. Blek kejap kot sbb ade brg yg kecik2 lagi yg tertinggal. Brg yg beso2 da agkt da. td baru je lori sampai.

    Lps ni aku jd org KKB la pulak.

    Aku ingat da tak pindah rumah. Sbnrnye dulu da byk kali aku pinda rumah sblm dok kt Sg Serdang. Ade la dlm 3 kali kot. Sblm aku lahir, parents aku dok area perkampungan kat Shah Alam. Pas aku lahir, dok kt Selayang (rumah teres pak cik aku). Time aku umo 5 ke 6 taon, pindah ke Meru (rumah teres papan). Time aku Darjah 1 aku dok dgn atok & opah kt kampung sampai bulan 6. Pas tu aku pindah ke Rantau Panjang, Klang (rumah sebandung, dinding separuh batu, separuh kayu) & sambung persekolahan aku sampai Darjah 2. Akhir tahunnye, baru aku pindah ke Sg Serdang sbb bpk aku buat rumah sendiri sbb ade rezeki lebih sikit drpd sblmnye. Dan sekarang, dok kat Kuala Kubu Bharu..


    byk tak penghijrahan aku?? hehehe

    Wednesday, December 9, 2009

    keLEGAan


    • Leganye SPM da abes...

    • Takutnye nak dpt result...

    Tuesday, December 1, 2009

    keBUSYan

    SPM lagi 2 subjek!! Physics & Chemistry. Cepaaaaaaaat la abis..
    Hari Isnin ari tu (30/11/09) ade paper bio, tp aku study ckit2 je. sbbnye family aku ade wat kenduri doa selamat @ ari Sabtu (28/11/09) kat rumah baru @ KKB. Walaupun aku tolong ckit2 je, tp aku rse bz ssgt. Ye r, nak study lagi, kendurinye lagi.. da r last minute!! Mmg r aku dpt jwb, tp ntah betul ke tak ntah.

    Tp yg pling pnt, time aku nak basuh baju. Aku dok kat KKB tu dari ari Khamis (26/11/09), lps tusyen Bio. saaaaampai ari Ahad. Esoknye r exam Bio tuh. Ari Sabtu Ahad tu aku rse rugi ssgt sbb x pegi tusyen Physics. Aku pon siap2 ckp kat mak aku, "Mak, Bio... tawakal je boleh x?? hehehe.." Then, mak aku cakap, "suke ati ngko lerh.." YAHOO!!! MAk aku bg green light!!

    Pagi sabtu tu aku g tgok sembelihan lembu sbb ade bhgn bpk aku punye.

    b4 knduri start, aku terpakse basuh baju. Bknnye pakai washing machine, tp pakai aku. aku yg jd mesin basuh!!
    Dgn bijaknye, aku amek besen kolah air dri bilik mandi aku n isi air n masukkan je terus bju2 yg nak kene basuh dlm bekas tu. hehehe. aku suruh adik aku yg Amirah pijak2 je baju yg ade kat dlm tu. bijak an?? hehehe. Tp part yg nk kene bilas, perah, sidai tu r penat giler!! Bile aku da abes basuh, tambaaaah lagi dgn bju2 satu family aku. Aduyai...


    Lps tu aku mandi n trus pakai bju kurung.. Ade org yg da dtg dah tgh ari tu. Kenduri start pukul 3pm. Aku g tgok2 kat dapur ape yg diorg tgh wat n then masuk bilik balik amek buku bio. Konon nak study Bio. Aku pun brcadang nk study kat tmpt yg aman. 1-1 tmpt yg aku te'pk kat bilik bwh tanah. Bile aku turun, la.. ade org rupenye. tgh ton2 tv. Lantak r, aku bce dlm bilik. Tp bile aku rse suasane bising, aku masuk bilik aku balik. Dpt r selak2 buku tu ckit, pas tu tetido. Ye r, cuace pun tgh romantik, mendung. Tambah lagi slps kepenatan aku mmbasuh baju. Nsib baik tido skjp je. ade r dlm 1/2 jam.. Kenduri berjalan lancar walaupun hujan...

    Pagi ari Ahad, kitorg kemas2 & trus balik lebih kurang pukul 10am kot. Bpk aku balik ke kampung untuk anta atuk, opah, amirah, afiqah, husna (cousin), adilah & balqis. Sbb next week ade kenduri lagi.. cousin aku kawen.

    Tak tau r aku nak g ke x. Next week exam Chemistry. Da r aku lemah dlm subjek tu. Sabtu Ahad tu ade tusyen kat uma Una. study Chemistry. Tp maybe aku akan g tusyen. Sorry ye Kak Emma.... sbb tak dpt dtg knduri kawen kak ema...

    *Lps SPM ni maybe aku terus pindah..