Monday, March 7, 2022

Breast pump

 Hmmm banyaknya brand breast pump. Selama aku beranak dua kali ni, dah 3 jenis pam aku beli. Aishah..  aishah.. membazir nombor satu.


2018. Mula2 dulu aku pakai brand Real Bubee, aku tak tau apa2 masa tu pasal breast pump ni. Aku tanya member ofis yang pernah mengepam, dia guna brand ni. Tengah pantang anak pertama (Umar), aku dgn laki aku cari la breast pump kat kedai baby QQ baby shop tak silap. Umar masa tu kat NICU. situ semua barang baby murah wehh. apa nak almost semua ada. Baju, stroller, beg, car seat, carrier, dll. Breast pump tu aku beli masa tu RM35 kot.

Ok berbalik pada breast pump. Balik tu aku pam terus. Lepas bengkak susu sampai hampir demam la jugak. Mula2 ok je.. lama2 melecet. huhu. maybe sebab flange nya plastik keras, saiz puting aku tak sesuai (besar drpd funnel), plus inverted nipple. huhu. struggle weh. tapi aku rasa tu la paling banyak aku dpt pam total 8oz dua2 belah. susu tu la aku bagi hospital utk bagi kat Umar masa kat NICU.

Lepas tu, ada member dtg melawat, suggest breast pump lain. Lacté Duet Elite

Aku ingat semua sama je. Rupanya material flange, suction, semua main peranan. Flange silicone ni kurang sikit sakit. Suction pun lembut. Tapi harganya berganda2 drpd Real Bubee. hampir RM600. Muahahha. 

Ada la berapa kali je aku guna.. lama2 hangus.. Umar jenis tak sabar nak susu.. Direct latch pun tak pandai sbb nipple aku inverted. Tak sampai 2 bulan susu badan aku dah kering. huhu. maafkan mama Umar ..

2021, Uwais' turns pulak. Masa ni dah pandai sikit mamanya. Dah ada handsfree milk collector. Aku beli ni. Kengkonon nak try. Ya. memang function. mudah nak bergerak. cumanya yg aku menyesal, kenapa x beli motor pump sekali? mulanya of course sebab mahal. and aku dah ada Lacte  aku pasang tube and sambung je la kat handsfree tu. Lama2 aku rasa susah juga nak bergerak. so aku cari la kat shopee, ada tak jual motor pump je. and aku jumpa brand Lee Bee.


So memang aku boleh berjalan ke sana ke mari dgn handsfree pam. tapi aku rasa knp sikit ek susu keluar? oh rupanya lain motor lain suctionnya.. no wonder ada mahal, ada murah.


so sepanjang aku survey breast pump, ni brand yang aku jumpa

1) elvie

2) empreus

3) youha

4) bearmom

5) arley

6) autumnz

7) spectra

8) medela

9) cimilre

10) Lacte

11) treenie

12) pump on the go (POTG)

13) Lee Bee

14) Mafa bebe

15) imani

16) supermama

17) Philips Avent

18) Tommie Tippie

19) OKBB

20) Anakku

21) Pureen

22) Babebao

23) Real Bubee

24) Boboduck

25) Samu giken

26) Yohoo

27) Moozy

28) Goody

29) Haenim

30) Malish

Ok lah. FYI, semua pam ada pro n cons. ade yg kena pegang, ada yg handsfree, ada yg bising, ada yg discreet, ada yang tahan bateri lama, ada yg sekejap, ada yang suction lembut, keras.

Saiz nipple pun kena ambil kira so that suction sesuai dgn breast. ok maklumat lain pasal saiz nipple, pasal breast pump.. sila lah google. fuh. pasal breast pump pun nak kena byk study tau! chiawww


Friday, June 18, 2021

LOCKDOWN




MCO 3.0 dah.

"Apa khabar saudara saudari semua? Harap sihat hendaknya"

Tak tau ramai orang dah struggle sekarang. Kesian. Ada gaji kena potong, ada yang kena buang kerja, yang buat bisnes terpaksa tutup sebab tak ada sales dan tak dapat bayar gaji pekerja. Alhamdulillah, so far tempat kerja aku minta potong annual leave je setakat ni.

Antara alternatif daripada kenalan aku, mereka ada buat aktiviti seperti di bawah ni untuk teruskan kehidupan masa2 PKP ni:

Berkebun/bertani
Yang ni untuk yang berfikiran panjang. Kena ada modal dan ilmu. Kalau tak ada ilmu sia2 je kau tanam menanam. Tanam barang2 keperluan harian. contoh: Cili. Oh ya laki aku ada invest dalam cili ni. hehe. Tapi kongsi la. buat sorang tak larat. kalau setakat belakang rumah boleh la buat sorang.

Buat vlog sharing di Youtube
Yang ni kena ada content yang menariklah baru orang ramai tengok, like, share apa semua tu. Ada cara nak dapatkan duit. google la sendiri. 

Buat dropship/agent NIMS Chocotub, Young & Living essential oils, Coway/Cuckoo dll.

Hahaha.. ni barang2 untuk orang work from home la ni. stress dgn kerja, stress dengan kerenah anak..

Kurier

Grab, Foodpanda, Pos Laju, Lazada Express, Shopee Express, DHL, J&T dll.
Maklumlah semua dok rumah dok belek2 fon je.. ramai la order. so rider/penghantar pun sampai tak menang tangan nak menghantar pesanan.

Thursday, October 31, 2019

Kena scam / scammed

beware of these numbers

+6018-3691129
+6013-6703837

dia banyak buat iklan kat mudah.my untuk jual tv yg branded dgn harga murah. urgent katanya dan boleh cod. dia akan minta deposit utk lock/book sbb ramai yg nak beli katanya. then  tu dia akan delete iklan tu. then dia buat cerita pasal anak nak guna so kena tolong settle full terus.

transaksi yang aku dah buat, dia akan minta waktu exact kita transfer duit tu. amboi banyak sgt transaksi tu sampai nak kena tengok masa bagai. aku syak dia gunakan akaun org lain sebagai parking akaun. sbb aku screenshot yg biasa, dia tak nak. sbb tak ada masa transfer



aku xnak settlekan habis sbb dia x hantar tv lagi. last2 aku kena block terus. hahah


oh ya. dia selalu tukar profile picture. xtau la gambar mana dia kutip.
ni yg sempat aku ss


nah. ni aku jumpa iklan lain dia buat mlm tadi guna nama lain. tapi nombor sama
https://m.mudah.my/view?ad_id=79014320&share_from=android&share_to=other

1/11/2019

I'm married

i'm married. in September 2017.
alhamdulillah


Thursday, November 17, 2016

Biodata facebook

"あいしゃ"is Aisha in hiragana.
"アイシャ"is Aisha in katakana.
"愛沙"is Aisha in kanji.

1st of 9 (I'm the eldest sister for Aliah, Amin, Asyraf, Amirah, Afiqah, Adilah, Balqis, & Adam)
saiz tapak kaki mcm gajah. bila nak beli kasut, susah nak cari kasut yang aku suka. Penat2 aku pilih, tetibe takde saiz -.-"
During matriculation, I'd intention to donate blood, but im not qualified enough as I got low blood pressure at that time
<3 colour="" p="" yellow=""><3 jokes="" p="">susah ingat nama orang bila jarang bertegur
tak pandai bergaul sangat. Orang tegur, baru aku bercakap
Terlalu bersabar kot. Aku selalu diam when somebody do something that i don't really like
Most of my plan usually tak jadi
<3 alone="" i="" jalan2..="" know="" m="" my="" p="" travelling="" way="" when="">Dislike to be too depending on medicines when i get sick
Tak suka soalan "nak kenal boleh?" Aku rase pelik. Just ask straight to the point, okay! Janganlah segan2 pulak. Nanti aku jadi lagi segan memandangkan aku ni memang penyegan. (?? yeke?)
<3 comics="" especially="" fonts="" hate="" novels="" p="" small="" thick="" with=""><3 aktiviti="" bila="" dibuat="" isi="" lapang.="" masa="" nak="" p="" suka="" tak="" takde="">tak suka tidur, tapi senang tidur -.-"
When surfing Youtube, I always hope that my 'brothers' (matluthfi90 & Super Junior) upload the new videos
tak pernah pergi sekolah agama@petang. Tapi time cuti sekolah, abah sent me to program cuti sekolah; either camps, kelas mengaji dgn atok ^ opah, or tahfiz.
can't stand for spicyness T__T
seorang/jenis yang tak pandai bermadah/berkata-kata
i use simple language. tak payah nak berkias-kias dgn aku. memang aku akan lambat nak paham.
aku rase la, dlm fb ni aku lain, realiti pun lain.. dlm fb macam rancak je berbual. but in real life, pandang pun tak (tak perasan). paling koman pun senyum je la..

dalam proses mengenali diri. exploring the true me.

DMFK stated that:
U anak sulung, so kena bertanggungjawab walaupun manja n sering tak pasti (dilema)
   NURAISHAH = Cahaya kehidupan yg bahagia
  Lahir 23 Feb = Org yg agak keras hati tapi amat sensitif. oleh krn u lahir antara 18 -23 hb, menyebabkan u di klasifikasikan sbg "Makhluk 2 Alam" ie sabar boleh pemarah pun boleh. Campur org boleh sendirian pun ok. Tu sbb sering dilema. Bila dilema, maka sukar nak buat keputusan n bertindak

They (my friends) say that I am:
blur
gila
tak de perasaan
lampi (lambat pick up)
loading
lambat grab
pending
gangster
sombong
jual mahal
poyo
gemok
sengal
macam budak-budak (childish)
sempoi
love to smile (senyum/sengih) :)
love to laugh :D hahaha
kedekut
Susah marah
Suka menjawab 3:)

wanna friend with me? haha. you'll know me better :P
want my phone number? ask me by yourself

Thursday, July 21, 2016

Maafkan anak-anakmu

Maaf. Tiada seorang pun adik beradik aku belajar oversea. Hampa? Kecewa?
Maaf maaf dan maaf

Tapi kenapa harus membandingkan?

Sunday, July 17, 2016

Ciri-ciri calon suami

Penyelia aku pesan, "kejar cita-cita, cinta akan hadir". Dari pemahaman aku, mungkin aku tak kejar sangat cita-cita sebab tu la cinta tak hadir. Hahaha.

Penyelia yg sekarang pulak tak habis2 dok kenenkan aku dgn org tu org ni bila ikut dia ke majlis2/program2. "Kau nak dgn dia ni? Dia ada karisma macam kau tak? Kau nak lelaki yg mcm mana?"

Aku memanjang je jawab tak nak. Ye lah. Mana ready soal cintan cintun ni. Kahwin? Lagi lah tak!

Tapi aku tgh keliru sekarang. Shida kata ada org suka aku. So? Aku tak tau ada hati ke tak dgn dia. Gaya dia whatsapp dgn aku memang nampak dia suka aku. Concern pun ada. Ada yg sorang lagi pun concern sama, tapi kurang sikit dgn yg first tu.

Masalahnya, aku rasa rimas la ckit2 whatsapp je. Kadang2 malas nak reply & memang aku buat mcm tu bila aku rasa malaslah. Hahaha. Kadang2 tu memang busy jadi pemerhati je. Lepas tu memang lupa nak reply. Nasib2 lah kalau aku scroll balik & reply.

Penyelia yg sekarang kata kena letakkan sayang baru datang suka kat orang tu... tapi aku tak tau nak letak kat sape. Penin2. Wahahahaaaa. So biar je lah.

Tipulah kalau kata aku tak ada perasaan. Ada la jugak jeles sikit dgn member2 ada dah tunang, kawen, & dah ada anak pun. Kesian anak aku dpt mak tua. Kuikuikui.

So lelaki yang macam mana agaknya yang menjadi pilihan? Aku rasa macam susah nak dpt ciri2 ni sebab tu la aku masih single. MEMILIH sangat! Adoi la ecahhh

1. Ahli silat.
2. Anak jantan. Tak pondan. Tak sotong
3. Beriman
4. Kaya
5. Hensem. Sedap mata memandang.
6. Berwawasan
7. Bersungguh
8. Penyabar
9. Boleh 'bukak' mata abah
10. Tak kekok jumpa saudara
11. Tegas
12. Bertanggungjawab

Setiap point ada huraian dia. Nanti2 lah.

Kau bila nak kahwin?

Latar tempat: Rumah seksyen 19, Shah Alam


taktau lah mcm mana topik ni boleh start. Tapi ni conversation yang aku ingat dgn abah aku.

Abah: ko bila nak kawen?

Aku: salah soalan tu.. bila nak ada boyfriend? Hahah. Boyfriend pun tak ada mcm mana nak kawen?

Abah: takde lagi ke yg ko berkenan? Takde ke yg nak dgn aishah?

Aku: err.. ehh ramai ape yg nak.. (mak pun sokong)

Abah: jual mahal le tu (mak sokong jugak)

Aku: a'ahh.. sampai xtau nak pilih yg mana. Kakakkaka

Abah: tak tau pilih? Meh abah pilihkan. Suruh dtg beraya ke rumah. Tak payah bwk apa2. Nanti abah interview. Lulus, terus kawen. Majlis pun buat kecik2 biasa2 je. Hari tu (majlis aliah) dah besar dah. 😅

Aku: (menyengih je) arrrr

Conversation terhenti setakat itu sahaja. Abah kemudiannya keluar membawa sampah yg perlu dibuang.

Wednesday, April 20, 2016

dalam proses beli rumah

hari ni patutnya dah sign utk bank. Sistem bank dah approve.
ejen bank kete rosak pulak.. so tunda jumaat ni

abah suruh aku masuk cepat rumah tu sbb nak renovate. lg satu, maybe abah nak tumpang sana bila ada projek kat area sana. tak payah la nak ulang alik dari kkb nuh. heheee

shah alam

Saturday, June 13, 2015

Mencari rumah, kerja

I just being employed as Finance Assistant at Tropicana on 9th June 2015. Just fit in my field. I currently stay with paksu maksu and my cousins.

I plan to find a house nearby tropicana as i'm getting a bit shy to stay longer with them.

So, this is it.

Saya mencari rumah untuk dibeli/sewa berdekatan tropicana. Area kelana jaya, puchong, ampang, kuala lumpur, damansara, bandar utama, rawang, serendah, bukit beruntung, kuala kubu bharu, shah alam, selangor, teluk intan, tanjung malim, lembah beringin, kalumpang, ipoh, perak, raub, pahang dan kawasan sekitarnya.

Nak kasi kerja lain pun boleh, janji gaji lagi up la ye. Dan tak menyusahkan. Well, i can do book keeping, accounting, simple costing, admin works, dan yg seangkatan dengannya. 😁✌
Cikgu tuisyen matematik pun boleh. Untuk upsr, pmr, spm.

Maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 0192325275. Aishah.

Rumah lelong lagi bagus. Prefer dgn owner. Direct owner. Tuan rumah. Tuan geran.

Sekian. Baru nak belajar hidup sendiri

Tuesday, May 12, 2015

teksi sg buloh

Nah.
Pak cik ni paling okay. Guna meter
Pak cik nasri aka seri
0132765641
Dia jual kopi jugak

Yg lain, biasa je
Wak taib 0126177020 @ 0132558749
Lan 01123139493
Azman @anak buah p.cik seri 0163273518
Redzuan 0126727458

Semua ni aku dapat sepanjang 6 bulan aku intern kat bukit rahman putra sg buloh. Haha. Kbye. Semoga bermanfaat

Friday, December 19, 2014

surat pindah??

bermula dengan program kunjung hormat. aku tak dapat hadir. atas sebab abah aku ajak tengok bola sama2 satu family. Piala AFF Suzuki 2014. Final. Malaysia vs Thailand. Tiket dah beli online. aku beli pun sebab aku nampak kesungguhan abah untuk bwk family meluangkan masa bersama.

Well, aku rasa sejak bukak kedai kat sg choh tu, mak rasa tertekan. Abah keep pushing and pushing us to do the best. Balik rumah, mak kena masak. Muka mak masam. Bila bersembang dgn abah, ada je yg rasa mcm berlaga. Abah nak mcm itu ini, mak pun buat dengan rasa penat. you get the figure now?

So, this is one of the way to get united back.

But it clashes with Program Kunjung Hormat PSSCM UNITEN. AR tanya kenapa aku tak dpt hadir. padahal aku dah btau personally last week. T_T. Aku cuba untuk aplikasikan apa yang penting, lebih penting, dan terpenting tu. Of course family is the most important one. PSSCM family is my second family. i have to support abah's way.
I told him once again as he requested in the group to say it personally by whatsapp. but he didnt reply

suddenly today, this came out

- mohon ic no.
-buat apaaaaa :'(
-surat pindah

close whatsapp
wechat mode on
post everything there

why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why


Wednesday, July 23, 2014

the saddest raya ads



tiap2 tahun aku tengok since 2012. i think this is the only ads that tears me down :'(



BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director's Cut (English Subs)

http://www.youtube.com/watch?v=-VO4v5Mb1Vg

Tuesday, July 8, 2014

why bother me?

i wanna tweet, but it might be read by somebody else i know. so i just post here.
kenapa orang tu suka tanya soalan yang aku tak tahu jawapannya?
kadang2 benda tu dah settle, tiba2 muncul kembali soalan bertalu-talu seolah-olah masih lagi belum diselesaikan. dah lah tu orang ketiga, janganlah sibuk sangat dengan hal orang lain. kau dah jauh, jaga family kau. jgn sibuk dgn family kami. kamu lah penghalang untuk kami bersatu hati sebenarnya. semua nak mengadu! ce dok diam2 je! biar kami selesaikan sendiri

Thursday, March 13, 2014

Jalan berbeza

Alhamdulillah, selesai jawab midtern exam Management Science. Tak sangka, Allah swt permudahkan segalanya. Aku tak sentuh pun notes melainkan sebelum tidur mlm tadi. Tu pun sekali lalu je. Thank you Allah!!
Aku keluar dar kls kira2 1 jam setengah menjawab. Ramai lagi yg masih menjawab. Aku berjalan pulang ke Ilmiah dgn melalui jalan di tepi tasik, menikmati pemandangan dan menghubungi mak. I told her about my midterm exam just now. I'm happy to hear her voice happy. :)

Thursday, March 6, 2014

Bulan ini dlm sejarah

Hampir setahun USR berlalu. 8&9mac2013
2/3/2014- majlis ijazah kelas 020
Kelas vokasional sepatutnya sekali. Majlis start lebih kurang pukul 3 ptg. Tapi , kelas voka tak sampai2 lagi. Cikgu din kata kul 5 baru gerak dari ms sbb dia ingat majlis tu malam
Pd hari yg sama juga, mizan kata kain yg kami bg mlm tadi selepas AGM, habis basah satu beg plastik tu. What??!!!
Ptg 2mac tu juga, kami dipanggil utk perjumpaan bersama guru after being recommended as a TP. Serius kelam kabut rasanya. Majlis belum habis, aku nak buat penyerahan dan selesai je, tak lama lepas tu pasukan memasak (ayu,adah,siti,syira) call aku suruh turun dari dewan jubli perak tu. Kami bakal TP perlu ke embassy jam 5.30ptg. Perjumpaan yg tiba2. Yg lain naik wyt zimah. Ard bwk.
Mlm tu, aku dan zimah balik satu kete. Yg lain naik bas.
3/3 Isnin malam, kelas di uniten. Tak sedap hati je nak tggu abg raof marah kitorg. Haha
4/3, Selasa malam, kelas di voka. Perghh.. kaw2 punya turun buah.
5/3- ujian praktikal tp dan latihan bersama peserta usr yg last. Asyik kena nganjing dgn ahli tamat uniten pasal,aku dgn ミザン. Kak adah n kak ayu pass cincin dan watch pd aku. Aku pun pakai la sbb takut,tertinggal. Kak adah pulak terus sarungkan cincin dia kat jari aku. Dia terus keluar,balik sbb ada perjumpaan.
Kitorg lepak mapley after that. Smpai lah kul 3 lebih kot. Pas tu amik brg kak adah tertinggal kat uma caw.
Pastu shoot balik smpai ms n tido dlm kete smpai kul 6 utk masuk uniten. Kelas kul 8 aku tak pegi, aku masuk section lain kul 2-5 lebih. Hhaaha. Kalau boleh aku tak nak masuk kelas si ファリック tu. Huhu malu tapi mahu kot. Hahaha
6/3 majlis berzanji. Lepas ni trrus gerak ke terengganu.

Wednesday, February 19, 2014

Hipokrit

Antara yang berkaitan dengan post ini:

-Membuka pekung di dada

-Ikhlas itu tidak berniat, berniat itu tidak ikhlas

Renung-renungkan

Saturday, February 15, 2014

Mak

Kasih sayang mak tiada tandingan

Walaupun aku selalu susahkan mak utk kejutkan aku bangun pagi dan solat subuh, mak tak pernah berkira. Cuma terkeluar sedikit keluhan dan rungutan dari bibirnya kerana aku liat nak bangun.

Pagi tadi, aku perlu bersiap seawal jam 6.30pagi sebelum bergerak pulang semula ke kediaman pengajian. Mak kejutkan aku lebih awal drpd biasa. Kira-kira jam 5.15pagi. Aku sudah sedar sebenarnya, cuma mengada-ngada nak bangun lewat sikit. Aku target mahu pejam mata sehingga jam 5.45am. Ada 30minit lagi sebelum Subuh

Ketika itu juga, kedengaran mak bertungkus lumus menyiapkan makanan. Ada kalanya mak memanggil-manggil namaku supaya bangun dan bersiap,"shah.. siap shah.." Aku cuma menyahut, "hmmmm" Ya, Allah! Berdosanya aku!

Jauh di sudut hati, aku tak mahu pulang ke Muadzam Shah (MS). Lebih baik rasa tertekan di rumah dgn arahan abah daripada dengan silat yg ada di MS ni.

Sebaik shj azan berkumandang, aku terus solat. Kemudian mak suruh aku menjamah sedikit makanan yg dia sediakan tadi. Kelihatan secawan kopi, roti sandwich sardin dan nugget ayam goreng di atas meja. Wow. Cepatnya mak sediakan :)

Mak juga tampak risau samada barang2 yg perlu aku bawa sudah disiapkan atau belum. Huhu

Bagi aku, semua dah siap. Cuma tugas aku yg belum siap. Akaun persatuan. Penat aku memikirkan perkara yg tak selesai2 ni =_=

Dan nampaknya mak yang bergegas mahu menghantar aku ke stesen kereta api supaya aku tidak lagi ketinggalan. Aku ni relax sgt lah! Aku perasan tu

Friday, February 14, 2014

Buat kerja di rumah

Tak dapat relaks punya even during sem breaks. Ada je kerja yg abah suruh buat.huhu

Thursday, January 30, 2014

How to tie a necktie

Check out @nisamuhamad's Tweet: https://twitter.com/nisamuhamad/status/428898597564723200